Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

Hajiji yakin BN dapat memenangi tiga DUN dan Parlimen Tuaran

16th April, 2018

OLEH MARRYAN RAZAN

TUARAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran Datuk Hajiji Haji Noor yakin dapat memenangi ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Tamparuli, Kiulu dan Parlimen Tuaran pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat terhadap BN yang semakin meningkat.

“Dulu kita kalah di DUN Tamparuli tapi kali ini kita yakin dapat merampas semula kerusi tersebut dan mengekalkan kemenangan DUN Sulaman dan DUN Kiulu serta Kerusi Parlimen Tuaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional Negeri Sabah cawangan Tuaran, di Dewan Sri Sulaman, di sini, kelmarin.

Pada PRU13, calon BN Datuk Jahid Jahim tewas kepada Datuk Wilfred Bumburing yang menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat pada ketika itu.

Bumburing menang dengan majoriti 383 undi. Hajiji pula menang kerusi DUN Sulaman manakala Datuk Joniston Bangkuai meraih kemenangan BN di DUN Kiulu. Kerusi Parlimen Tuaran pula dimenangi Datuk Madius Tangau.

Hajiji menyeru rakyat negeri ini khususnya Tuaran supaya terus menyokong BN untuk kesinambungan pembangunan kerana BN mempunyai dasar yang baik untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Seperti pada hari ini kerajaan melalui Tekun Nasional telah menyalurkan dana pembiayaan bagi membantu golongan peniaga kecil untuk memula dan meningkatkan perniagaan sedia ada.

“Oleh itu rakyat perlu membalas jasa baik kerajaan dengan memberikan sokongan berterusan kepada BN,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan cek pembiayaan sebanyak RM4.8 juta kepada 15 usahawan Tekun Nasional dari kawasan Parlimen Tuaran.

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Baharom Embi dan Pengurus Tekun Negeri Sabah Salim Abidin.

   
Email Print
   
 
 
E-browse