Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelajar antara ditangkap kerana dadah |  Yayasan Tzu Chi perlu RM1.7j untuk bina bangunan Pusat Hemodialisis |  Gagal perjuangkan MA63 menerusi Umno, BN sebab keluar parti: Anifah |  Sabah divers a class above the rest |  Andre smashes triple jump record |  Notorius siblings arrested for multi break-ins |  27 Vietnamese fishermen charged |  Form 4 student among 22 druggies caught |  World Wellness Weekend 2018 at Suria Sabah this weekend |  Unduk Ngadau om Ratu Fesyen Sinakagon Baung |  Kouangan duvo kapal monoizuk TLDM, papantod panamangan pitakasan kohisaon |  SPRM papahabus nuzudan kopomoiganan harta buuan polinta kotimpuun ko 1 Vuhan Koopod |  Extra RM10m boost for YSG education fund |  43,565 to sit for UPSR examination |  Free CPR training on Sept 23 at Imago | 
 BM

BN yakin kekalkan kerusi kawasan Parlimen Batu Sapi

16th April, 2018

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman menaruh keyakinan penuh kerusi parti Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan Batu Sapi akan dapat dikekalkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus menjadikannya sebagai kubu kuat BN.

Beliau berkata, yang penting ahli-ahli parti terus setia, ikhlas dan jujur kerana penentu kemenangan kepada parti apabila semangat bekerjasama dipupuk di setiap peringkat.

Katanya, semua ahli parti termasuklah rakan-rakan komponen BN perlu bersatu padu untuk memastikan kemenangan BN Batu Sapi tanpa mengira siapa pun calon yang dipilih pucuk kepimpinan nanti.

Ini katanya, nadi kekuatan BN jika semua pihak berganding bahu dalam memastikan kemenangan parti dan bukan dengan cara mengkhianati sehingga memalukan parti sendiri.

”Ini bukan budaya kita di dalam parti keramat Umno kerana perjuangan perlulah setia dan ikhlas barulah parti beroleh kejayaan.

”Saya percaya kekuatan BN Batu Sapi tiada masalah untuk mencapai kemenangan PRU14 ini yang penting ikhlas dan jujur.

”Pilihan raya sebenarnya tidak asing kepada kita sudah alami pelbagai pilihan raya namun apa yang lebih utama semangat perjuangan menjadi teras terhadap kejayaan parti.

”Batu Sapi adalah kubu kuat parti BN maka ia perlu dipertahankan kerana inilah maruah Batu Sapi ... oleh itu, jangan sesekali terkeliru dengan apa saja dakyah pihak pembangkang.

”Parti pembangkang yang tumbuh sekarang ini rata-rata pemimpinnya yang kecewa dan tidak telus terhadap perjuangan.

”Jika dibandingkan dengan BN yang terbukti benar-benar membantu rakyat akar umbi, oleh yang demikian apa yang penting di sini perkukuhkan kerjasama dalam memastikan kemenangan BN pada PRU14,” jelasnya.

Musa berucap melancarkan Jentera BN PRU14 Parlimen Batu Sapi di PPR Taman Batu Sapi, dekat sini, kelmarin.

Lebih 3,000 ahli-ahli parti komponen termasuk jentera BN Batu Sapi membanjiri perkarangan PPR sambil melaungkan ‘Tatap BN’ yang bergemuruh dengan semangat gelombang biru sejurus Ketua Menteri tiba di majlis pelancaran tersebut.

Turut hadir adalah Ketua Umno Bahagian Batu Sapi merangkap Pengerusi Penyelaras BN Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya; Ketua Bahagian MCA Batu Sapi, Dato’ Chew Kok Woh; Ketua Bahagian LDP Karamunting, Lim Kai Min; Ketua PBS Sekong, Bonie Yusop; Bendahari Agung PBS, Datuk Linda Tsen Thau Lin; Ketua Wanita Umno Batu Sapi, Rahimah Asrah; Ketua Pemuda Bahagian, Mohd Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan dan Ketua Puteri Bahagian, Hazulizah Md Dani serta pemimpin- pemimpin komponen parti yang lain.

Mengulas lanjut, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah itu sekali lagi mengingatkan ahli parti agar sentiasa ikhlas dalam perjuangan.

Beliau kesal dengan tindakan pemimpin yang pada ketika ini menerajui parti pembangkang kerana dakwanya telah memalukan Sabah dalam konteks perjuangan.

Dalam pada itu, beliau meminta ahli-ahli di pelbagai peringkat termasuk sayap parti yang menjadi tulang belakang kekuatan BN supaya bekerja keras memastikan kemenangan calon BN kelak.

”Apa yang penting ialah semangat kerjasama dan gerak kerja jentera perlu diperkukuhkan kerana ini akan membantu parti beroleh kemenangan nanti,” ujarnya disambut tepukan gemuruh serta laungan ‘Tatap BN’.

   
Email Print
   
 
 
E-browse