Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Rahman Dahlan urges Shafie to give update on projects announced |  Safa pleased by teens’ U-19 call-up |  Ranau has potential to become major tourist destination |  Bot nolinsob: Songulun natagak, songulun natampasi |  Kimpin monoluod raha’ nokotimung 33 pain raha’ |  Kada’ kaarau-arau do mamaramit kopouyuhan pinsingilaan kolej poriwit |  Rina kuminakap susumakit ‘kronik’ id Sabah |  Mongungusaha’ nunsub monongkisolod kosiwatan pomorunan tumau ‘pati’ |  PMBS Putatan nyahkuman empat lagi masjid di Putatan |  Kempen anjuran KRT Rumandawi, Sook Prihatin dan Hospital Keningau berjaya kumpul 33 pain darah |  Ketua Adat disaran jalankan tugas dengan penuh dedikasi |  Majlis Nurul Aman laksana program Ibadah Korban |  Pelajar lepasan SPM dinasihat tidak terburu-buru terima tawaran kolej swasta |  Rina adakan ziarah prihatin pesakit kronik di Sabah |  Banjir musnahkan kediaman milik Ledah | 
 BM

Masyarakat perlu ada kekuatan dalaman hadapi persekitaran moden

030418-lead-8d
JOHAN…Pertandingan Betitik ,Kumpulan Anak Sama, dari Kampung Pengalat Besar, bagi kategori bahagian SAMA.

3rd April, 2018

PAPAR: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, masyarakat perlu ada kekuatan dalaman yang benar-benar mantap supaya persekitaran serba moden ini tidak dapat mempengaruhi hubungan kasih sayang dalam keluarga kita, apatah lagi jika mempunyai rangkaian ahli keluarga yang ramai.

Beliau turut menyeru kepada para ibu bapa supaya sentiasa memberi ingatan serta panduan kepada anak-anak agar mereka tidak membiarkan diri mereka terlalu terikut-ikut dengan perubahan gaya hidup zaman sekarang.

Ghulam bimbang pengaruh yang mereka terima menyebabkan mereka menjadi terlalu bebas sehingga lupa kepada asal-usul sendiri, sekaligus menyumbang kepada keretakan hubungan antara sesama ahli keluarga.

Beliau mengharapkan supaya perkara tersebut sama-sama dielakkan agar ia tidak menggugatkan hubungan kekeluargaan pada masa akan datang.

Gulam juga turut menekankan kepada para ibu bapa mestilah sepanjang masa memberi penekanan secara serius terhadap pendidikan anak-anak, kerana hanya melalui pendidikan sahajalah yang mampu mengubah kehidupan sesebuah keluarga.

“Namun, untuk menjadikan anak-anak kita manusia yang lebih berguna dan disegani, kita perlulah mengimbangkan pendidikan mereka antara pendidikan bersifat formal dengan pendidikan kerohanian,” katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang itu dengan adanya gabungan kedua-dua pendidikan itu, jiwa anak-anak akan lebih mantap dan kukuh terutama untuk menghadapi suasana kehidupan zaman sekarang.

Beliau berkata demikian, ketika berucap di majlis santai bersama Keluarga besar IDAAN SAMA, di dewan Sekolah Menengah Kerajaan (SMK), Pengalat di sini, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Hajah Rosnah Haji Abd. Rashid Shirlin.

Beliau menyeru kepada seluruh ahli keluarga Besar IDAAN SAMA, supaya terus memelihara dan menjaga sebaik mungkin hubungan kekeluargaan yang sebenarnya telah terjalin sejak sekian lama.

“Sesungguhnya majlis yang diadakan, disifatkan penuh bersejarah disebabkan majlis ini telah mempertemukan hampir seluruh ahli dalam keluarga Besar IDAAN SAMA, yang akar umbinya bermula di Kampung Pengalat, sebagai sebahagian daripada ranting-ranting keluarga besar ini,” katanya.

“Saya merasa bangga dan terharu, atas keprihatinan para ahli jawatankuasa yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga, untuk mencari ahli-ahli keluarga yang jauh dan dekat, agar dapat disatukan di bawah satu, ‘Family Tree’,” katanya.

Beliau sedar bahawa usaha untuk menyatukan sebuah keluarga yang memiliki ahli yang ramai, dari jauh dan dekat, bukanlah mudah jika tidak disertai dengan komitmen yang tinggi serta keinginan untuk melihat sesebuah keluarga itu bersatu di bawah satu payung.

“Inilah sebenarnya yang sama-sama kita saksikan pada hari ini, iaitu perhimpunan sebuah keluarga besar IDAAN SAMA, yang berjaya diadakan melalui gabungan usaha gigih dan komitmen yang tinggi,” tambahnya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Papar itu, mengambil kesempatan mengingatkan seluruh ahli keluarga IDAAN SAMA, khususnya generasi muda supaya mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, supaya apabila bertemu nanti pada masa dan tempat yang berbeza, antara mereka akan menjadi semakin mesra dan bukan seperti bertemu dengan orang lain.

“Inilah sebenarnya antara manfaat yang di lakukan dengan mengadakan santai bersama keluarga besar IDAAN SAMA, seperti yang diadakan ini, dengan cuba mendekatkan diri anak-anak kita supaya mereka dapat menilai sendiri kepentingan menjaga serta memelihara perhubungan antara ahli keluarga,” tambahnya lagi.

Ghulam mencadangkan supaya usaha dimulakan untuk membukukan salasila keluarga besar IDAAN SAMA ini, untuk membolehkan keluarga ini mendapat gambaran lebih jelas mengenai asal-usul keluarga dan dari mana sebenarnya keluarga IDAAN SAMA itu bermula.

Katanya lagi, sekiranya salsilah ini, tidak direkodkan atau dibukukan, berkemungkinan pada masa akan datang , sukar untuk mencari susur-galur asal-usul keluarga IDAAN SAMA ini.

Beliau yang terkenal dengan pemahawaannya sebagai YB. JOMO BIOSO, mengingatkan keluarga besar IDAAN SAMA dalam meniti cabaran era globalisasi pada hari ini, kita tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang mampu menjejaskan hubungan kekeluargaan antara sesama kita.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha pihak jawatankuasa, menganjurkan hari keluarga besar IDAAN SAMA, tersebut. -OLEH THD

   
Email Print