Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Celcom, Health Digital Technologies inks memorandum to further explore DoctorOnCall’s potential |  Sabah Prisons settle for joint third |  300 muay thai fighters gunning for glory |  Mahathir says will try to establish non-partisan national administration |  Sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua |  STPM Labuan nokoposurat 100 pihatus kinapaason |  Misi koduvo Wuhan nakahantoi pinopoimbuhai pisokodungan |  Tuu mianak nosoob id kotutudan id Membakut |  Pupils from Nabawan to represent Malaysia in World Cup Dance competition in Rome |  UMS pushing for total ban on single-use plastics |  Merchantrade money gets approval to increase e-wallet limit to RM20,000 |  Pacific Rim featured in publication on Indonesia’s strategy to accelerate nickel supply |  MDV to offer RM450 mln financing to tech firms this year |  Penduduk Kg Gana-Gana rayu kerajaan naiktaraf j-raya |  Tiga pelajar SMK Arshad K. Belud terpilih sertai rombongan ke Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Jerman | 
 BM

Indonesia pasaran baharu produk kerepek rumpai laut

020418-lead-6c
TUNJUKKAN ... Pelajar Kolej Komuniti menunjukkan pengolahan rumpai laut dalam makanan.

2nd April, 2018

OLEH NAZRINI BADARUN

SEMPORNA: Padang, Indonesia dikenalpasti pasaran baharu untuk produk kerepek rumpai laut aneka perisa yang diusahakan Syarikat Kudat Utama Sdn. Bhd, kata jurucakap syarikat itu Faiz Faznatul Ishak.

Beliau ditemui ketika terlibat sebagai pempamer dan penjual produk rumpai laut dalam program Gelombang Nelayan Nasional 2018 Seaweed Splash di Padang Semporna berkata, setakat ini produk itu telah berada di Singapura.

“Produk kerepek rumpai laut dengan jenama AfizAmira ini sememangnya mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan di negeri ini selain sering dijadikan buah tangan oleh pengunjung,” katanya. Faiz berkata terdapat perbezaan pembungkusan produk yang dijual untuk pasaran dalam negeri dan luar negeri namun dari segi kualiti tetap sama.

Ditanya mengenai bagaimana mendapat idea untuk memasarkan produk rumpai laut, beliau menjelaskan ianya selepas melihat potensi dan manfaat kebaikan dalam rumpai laut itu.

“Ianya makanan sihat sebab itu kita mengambil inisiatif untuk menjualnya dalam bentuk yang berbeza dan alhamdulillah ianya mendapat permintaan kerana memiliki rasa yang sedap,” katanya.

Faiz menjelaskan bahawa syarikat mereka pada ketika ini mendapatkan bekalan rumpai laut dari Semenanjung ekoran telah siap diproses untuk dijadikan kerepek.

“Rumpai laut di sini (Semporna dan Sabah) kebanyakannya masih dalam bentuk basah dan kering dan belum diproses sebagai industri hiliran untuk produk makanan seperti ini,” katanya.

Terdahulu beliau berkata program Gelombang Nelayan Nasional 2018 Seaweed Splash mampu membantu mempromosi rumpai laut ke pasaran peringkat antarabangsa.

Program itu adalah usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk Gelombang yang berlangsung dari 30 Mac hingga 1 April.

Program itu telah dirasmikan Menteri, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek yang menghimpunkan 5000 penggiat industri di negeri ini.

Selain menjual produk hasil rumpai laut dalam program itu terdapat juga inisiatif dari Kolej Komuniti Tawau dalam bidang Culinari Arts yang mengetengahkan kepelbagaian masakan menggunakan rumpai laut.

Pensyarah, Mohd izham ishak ketika ditemui berkata rumpai laut boleh dipelbagaikan dalam masakan untuk lebih menarik minat masyarakat menggemarinya.

“Pada hari ini (Ahad) dalam program Seaweed Splash ini saya bersama seorang lagi pensyarah dan dua pelajar mengolah rumpai laut untuk dijadikan Seaweed Roll dan Makaroni Buah.

“Kita tunjukkan kepada pengunjung pameran ini bagaimana kita gunakan rumpai laut dijadikan hidangan menarik dan kita beri pengunjung yang datang ke booth kita ini untuk merasanya sendiri, “katanya lagi.

   
Email Print