Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sepanggar eyeing unique double |  Haze: Slight increase in treatment of Sabah patients |  Another biker killed while overtaking |  Chief Minister launches annual Foh Sang Mooncake celebrations |  Sambutan Hari Ozon Sedunia tingkat kesedaran pemuliharaan alam sekitar, kata Rozman |  Preserving the environment by teaching children to love it |  SICC to be ready in December |  Kopotundaan id watas Parlimen Pensiangan onuan koposuulan |  Molohing kiguno manapad pomogunaan kakamot elektronik do tanak |  Program One Stop Help Center (KAWAN) mudahkan rakyat: Rozman |  52 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di KK |  Buruh terbunuh motosikal bertembung pacuan empat roda |  Kerajaan akan ambil perhatian masalah penduduk, kata Peter |  Kerajaan perlu bantu golongan profesional muda: Razali |  Jerebu beransur pulih Okt ini: Issnaraissah | 
 BM

K’jaan terus bantu pendidikan di pedalaman, kata Kurup

19th March, 2018

OLEH: RIZALMI LIMAN

NABAWAN: Kerajaan terus membantu keperluan pendidikan di pedalaman untuk kemudahan guru-guru dan para pelajar agar dapat meningkatkan taraf pendidikan di pedalaman.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Jospeh Kurup berkata, sebagai seorang pemimpin, beliau sangat memahami bahawa banyak keperluan sekolah khususnya yang berada jauh di pendalaman perlu dibantu.

Justeru katanya, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala permohonan dan permintaan pihak sekolah dapat ditunaikan.

Pada majlis itu Kurup telah menyampaikan sumbangan untuk perlaksanaan MSSD Nabawan sejumlah RM8 ribu, menaja tuisyen ‘Nabawan Sumingkot’ berjumlah RM10 ribu sebagai pilot projek dan menyampaikan sumbangan Co-opBank Persatuan Malaysia Berhad sebanyak 50 unit tilam dan bantal kepada Sekolah Kebangsaan Sailiran dan Sekolah Kebangsaan Sibangali yang amat memerlukan.

“Saya sentiasa bekerjasama dengan badan-badan korporat untuk mendapatkan sumbangan dari mereka jika peruntukan tidak mencukupi.

“Saya laksanakan ini adalah bertujuan untuk memastikan anak-anak kita khususnya di kawasan pendalaman mendapat kemudahan dan keperluan yang mencukupi.

“Saya akan sentiasa memberi keutamaan terhadap kecemerlangan pendidikan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Ini kerana, melalui pendidikan kita dapat mencorakkan kehidupan dan meletakkan sesuatu kaum atau bangsa itu lebih dihormati. Adalah menjadi hasrat saya untuk melahirkan lebih ramai cerdik pandai di kalangan Kadazan, Dusun, Murut dan kaum-kaum lain dari kawasan pendalaman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Warga Pendidik Daerah Nabawan dan Program CSR Co-OpBank Persatuan Malaysia Berhad, di Dewan JKR Nabawan, disini pada Sabtu.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat di pedalaman untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan negara untuk memastikan agenda pendidikan yang telah dirancang dapat diteruskan.

Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan, Fredian Gan; Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan, Saibeh Abdul Sani; Pengerusi Lembaga Pengarah Co-op Bank Persatuan Malaysia Berhad, Haji Kamarin Zaman Juhari; Pengerusi Persatuan Pengetua Negeri Sabah Cawangan Nabawan, Mike Eping dan Timbalan PBRS, Arthur Joseph Kurup.

   
Email Print
   
 
 
E-browse