Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

Patrick dan Siti Hawa Tokoh Pengacaraan dan Tokoh Kewartawanan Daerah Ranau

140318-hiburan-9a
PENERIMA ANUGERAH..Siti Hawa (kedua kiri) dan Patrick (tengah) bersama anugerah yang diterima sambil diapit (dari kanan) Faimin,Masidi dan Pengerusi kelab,Jasnin (Kiri sekali).

14th March, 2018

PATRRICK Rajin Gutirom,73 dan Siti Hawa Haji Aman,68,masing-masing dinobatkan sebagai Tokoh Pengacaraan dan Tokoh Kewartawanan Peringkat Daerah Ranau sempena Majlis Santai Malam Aspirasi dan Apresiasi di sini pada Ahad.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500, Sijil Apresiasi, Hamper dan sejambak bunga yang disampaikan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah,Datuk Seri Haji Masidi Manjun.

Patrick yang menerima anugerah ‘Idola Sepanjang Zaman’,dilahirkan pada 16 Mei 1945, telah mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan khususnya Pesta Kaamatan peringkat daerah selama 25 tahun berturut-turut sejak tahun 1980.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai guru sekolah, Pegawai Perdagangan dan Pegawai Pentadbiran turut berpengalaman mengacara Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah selama 10 tahun berturut-turut sejak tahun 1995.

Manakala, penerima anugerah ‘Wartawan Sepanjang Zaman’ , Siti Hawa yang dilahirkan pada tahun 1950, seorang pesara guru telah bergiat secara sambilan dalam bidang kewartawanan sejak awal 1980.

Sepanjang karier beliau sebagai pemberita sambilan,beliau telah menghantar hasil berita ke beberapa syarikat akhbar,antaranya Sabah Times, Daily Express dan Berita Harian.

Pada masa yang sama beliau juga pernah menjadi Pengerusi Badan Penulis Sabah (BAHASA), di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terdahulu Masidi yang juga ADUN Karanaan dalam ucapannya memuji usaha yang diilhamkan kelab berkenaan kerana telah dapat menganjurkan acara tersebut dengan jayanya.

Menurut Masidi, acara tersebut merupakan acara yang amat baik sekali kerana ianya membolehkan para pengamal media dan juga pengacara majlis dapat bertukar-tukar pendapat di samping menghargai sumbangan para pengamal media dan pengacara majlis yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut.

“ Menjadi seorang pengamal media dan juga dalam bidang pengacaraan bukanlah mudah, ianya merupakan suatu bidang yang memerlukan kebolehan, bakat dan keberanian. Kepada mereka yang berminat dalam bidang ini, saya ingin mengalu-alukan anda untuk masuk kedalam bidang ini,” katanya.

Acara tersebut merupakan anjuran julung kali Kelab Pengecara (Emcee) dan Group Media Ranau sebagai platform untuk menghargai insan-insan berbakat dan pernah mewarnai bidang Pengacaraan dan Kewartawanan khusunya di Ranau satu ketika dulu.

Dalam pada itu, Masidi turut meluluskan peruntukan sebanyak RM6000 untuk tujuan Bengkel Penulisan Kreatif dan Pemantapan Pengacaraa di Ranau dan RM1500 untuk pengubahsuaian lagu Ranau dihatiku.

Turut hadir pada majlis itu,Pegawai Daerah Ranau,Haji Faimin Kamin,Ketua Wanita Umno Ranau,Datuk Amisah Yassin,Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Georgina George, PPM Dun Karanaan,Haji Jahidin Lumat dan lebih 60 orang terdiri pengamal media dan bidang pengacaraan majlis di Ranau.-OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse