Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

ESSCOM hargai peranan pengamal media sebagai penghubung dengan masyarakat setempat

140318-media-7
TERIMA KASIH ... Yusop mewakili pihak PEMASSA menerima cenderahati kenangan disampaikan Hazani pada majlis santai itu.

14th March, 2018

SANDAKAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa menghargai peranan pengamal media sebagai penghubung yang telah mendekatkan lagi pihak ESSCOM dengan masyarakat setempat.

Komander ESSCOM, DSP Datuk Hazani Ghazali berkata kerjasama sedia wujud telah banyak membantu agensi pasukan keselamatan ini dalam menyebarluaskan liputan mengenai peranan, fungsi dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh ESSCOM sepanjang tahun 2017.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua media atas jaringan kerjasama menyampaikan hebahan untuk ESSCOM dari apa jua aspek khususnya usaha mengekang isu-isu jenayah rentas sempadan dan sebagainya.

“Penganjuran majlis ini merupakan inisiatif ESSCOM bagi meraikan dan mengiktiraf peranan, kerjasama dan sumbangan pihak media yang selama ini telah banyak membantu ESSCOM,” katanya.

Hazani berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai ESSCOM Bersama Media Zon Sandakan di Livingston Hotel, dekat sini, malam Isnin lalu.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin; Ketua Staf Pusat Operasi (PUSOP) Brig.Jeneral Dato’ Md. Rahim Haji Mohamad; Ketua Staf Operasi Laut, Laksamana (M) Kamaruszaman Abu Hassan; Ketua Staf Operasi Udara, Brig.Jeneral Dato’ Abdul Razak Ahmad dan Ketua Staf Pasukan Khas, SAC Mohamad Madun.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan media adalah bertindak sebagai penghubung yang mendekatkan ESSCOM dengan masyarakat setempat menerusi liputan-liputan berita dan kupasan artikel berkaitan dengan isu-isu keselamatan yang perlu dihebahkan kepada masyarakat secara konsisten dari semasa ke semasa.

Namun begitu, ujarnya dari segi etika media atau pun kewartawanan pihaknya mengharapkan biarlah sesuatu kenyataan akhbar yang diberikan dapat diikuti dan bukan menyiarkan tanpa merujuk kepada ESSCOM.

Ini katanya, jika berita yang disiarkan tanpa pengesahan pihak ESSCOM adalah dikhuatiri nanti disalin agensi berita luar negara sekaligus menimbulkan keraguan tentang keselamatan negara ini.

“Jasa baik pengamal media amat penting supaya dapat mengikut fakta yang kami berikan kerana ada sebab mengapa kami tidak dedahkan sepenuhnya sebab jalankan tugas dan tidak mahu ganggu risikan mahu pun siasatan.

“Ada benda yang boleh dikeluarkan dan ada tidak boleh dedahkan dalam akhbar,” jelas beliau. Dalam ucapannya lagi beliau berkata pencapaian ESSCOM sepanjang tahun lepas serta 2018 menyaksikan tiada kes penculikan dilaporkan berlaku khususnya pada tahun 2017.

Menurutnya, ia hasil kerja keras dan kerjasama semua pihak terutamanya pasukan keselamatan yang terdiri daripada PDRM, ATM dan APMM.

Katanya lagi, ekoran operasi yang dijalankan secara berterusan memyaksikan sebanyak 15 kes cubaan penculikan yang telah digagalkan dari tahun 2014 sehingga 2017.

Malah, beliau menambah pasukan keselamatan telah menembak mati tiga anggota kumpulan Abu Sayyaf pada 8 Disember 2016 di perairan Pulau Gaya melalui penyamaran oleh Kumpulan Tiger Platun semasa Ops Coral.

Ia disusuli apabila pasukan keselamatan menembak mati seorang penjenayah yang disyaki tali barut kepada kumpulan penculik untuk wang tebusan di perairan Pulau Burung, Kunak melalui Ops Sea pada 29 September 2017.

Pasukan khas ESSCOM juga telah menembak mati seorang komander Abu Sayyaf (Abu Paliyak) yang merupakan penjenayah rentas sempadan di perairan Silam, Lahad Datu pada 4 Disember 2017.

Pasukan keselamatan juga menembak mati tiga suspek penjenayah yang disyaki ada kaitan Daesh pada 27 Februari 2018 di Jalan Kalabakan – Keningau, Tawau.

Dalam pada itu, Hazani menyatakan antara inisiatif ESSCOM pada tahun 2017 sehinggalah pada hari ini adalah menjalankan pelbagai operasi seperti Tiada Hari Tanpa Operasi, Operasi Gasak 2018, Operasi Bersepadu, Sea Check Point (Pemeriksaan Laut), Road Check Point (Pemeriksaan Daratan), Forward Post Pulau Ligitan, Sea Combact Course bersama Pasukan Keselamatan Sri Lanka dan Program Pertemuan serta Sesi Dialog Isu-isu Keselamatan Bersama Agensi Kerajaan dan NGO.

“Sekali lagi saya menzahirkan rasa bangga dan berterima kasih atas segala kerjasama dan sokongan pihak media dalam melaporkan inisiatif-inisiatif dan pendekatan-pendekatan yang telah diusahakan oleh ESSCOM dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, aman dan sejahtera,” kata beliau.

Terdahulu dari itu, wartawan akhbar Utusan Borneo Yusop Teppo dalam ucapannya bagi mewakili PEMASSA menzahirkan harapan agar majlis seperti ini akan merapatkan lagi hubungan jaringan kerjasama antara ESSCOM dan pihak Media khususnya dalam menyalurkan berita-berita terkini berkenaan soal kedaulatan negara khasnya di kawasan Pantai Timur Sabah ini.

Turut diadakan pada majlis santai itu termasuklah Taklimat Isu dan Ancaman Keselamatan Semasa di ESSZONE yang telah disampaikan oleh Inspektor M.Fakrul Hisham Ahmad Radzi selaku Inspektor Koordinasi Perisikan ESSCOM.- OLEH ROZZALIN HASHIM DAN ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse