Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

Masidi: Kerajaan sedia pelbagai insentif industri pelancongan di Sabah

14th March, 2018

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Kerajaan menyediakan pelbagai insentif dan galakan untuk membantu para pengusaha pelancongan di negeri ini mengembangkan industri pelancongan tempatan dan meningkatkan mutu produk pelancongan mereka.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata, antara insentif itu ialah Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan (TPIP) dan Tabung Khas Pelancongan (TKP).

“TPIP ialah dana pelancongan berbentuk pinjaman khususnya untuk projek-projek penginapan seperti hotel, resort dan chalet.

“Jumlah had minimum pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM5 juta dan had maksimum sebanyak RM100 juta. Kadar faedah bagi pinjaman ini antara empat hingga enam peratus setahun, di mana ia adalah rendah dan kompetetif berbanding bank-bank komersil yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Enggagement Dana Pelancongan dan Malaysia Tourism Quality Assurance (MYTQA) Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Sabah, di Pacific Sutera Resort, di sini, kelmarin.

Masidi berkata, TKP pula dikhususkan kepada pengusaha bertaraf kecil dan sederhana dengan jumlah pinjaman yang ditawarkan antara RM250,000 hingga RM30 juta.

“Kadar faedah bagi pinjaman ini adalah rendah berbanding bank-bank komersil yang lain. Pinjaman ini terbuka kepada syarikat pengusaha pelancongan yang berdafar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya.

Mengenai Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA), Masidi berkata ia adalah satu inisiatif kementerian untuk meningkatkan mutu perkhidmatan produk-produk pelancogan di negara ini.

Beliau berkata, MyTQA juga adalah pengiktirafan kepada produk pelancongan dan memberi pendedahan kepada para penggiat industry pelancongan supaya lebih mengutamakan mutu perkhidmatan yang disampaikan dan kemudahan yang disediakan.

“Pada tahun 2017, sebanyak 25 produk pelancongan mendapat pengiktirafan MyTQA dan Tabin Wilflife Resort adalah satu-satunya penerima bagi negeri Sabah.

“Oleh itu saya menyeru agar lebih ramai pengusaha pelancongan di negeri ini tampil untuk memohon pengiktirafan di bawah program MyTQA,” katanya.

Berkenaan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), Masidi berkata, ia adalah kempen kelima sejak dimulakan pada tahun 1990, kemudiannya pada tahun 1994, 2007 dan 2017.

“Keempat-empat kempen ini telah menunjukkan peningkatan kedatangan pelancong yang positif dan Sabah harus mengambil kesempatan ini untuk turut sama mempromosikan produk-produk kita di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata antara objektif utama penganjuran VM2020 ialah untuk mencapai ketibaan pelancong asing seramai 36 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion.

“Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 akan menggunakan tagline “Travel.Enjoy.Respect” secara meluas bagi semua aktiviti termasuk aktiviti promosi dan pemasaran di dalam dan luar negara.

“Oleh itu saya menyeru agar penggiat industri pelancongan di negeri ini mengambil peluang ini untuk meningkatkan daya saing serta mutu perkhidmatan bagi menghadapi cabaran masa akan datang.

“Saya percaya dengan adanya peluang ini, kita akan dapat mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berharap program seumpama ini dapat memberi pendedahan serta kefahaman kepada para penggiat industry pelancongan di Sabah mengenai peranan masing-masing sebagai rakan strategic dan medium penyampaian maklumat kepada pihak kerajaan dalam menangani isu-isu pelancongan, sekaligus memartabatkan industry pelancongan di Malaysia, khususnya di Sabah.

Turut hadir Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Sabah, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar.

   
Email Print
   
 
 
E-browse