Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
MPKK to have 13 members |  Syahzharoul, Nurul deliver golds for Sabah |  RM150,000 armed robbery: 15 more years for Filipino |  Artis era 90-an bertemu di FH Production |  Preserve custom, tradition by writing, youths urged |  KV nakahantoi saviavi PESKOV 2018 |  Nasi ganja taakanon kavavagu id Tawau |  APMM nakapanahob ponginaman mogovit humabus tumau petrol |  Komuniti Van Sekolah helps improve students' attendance |  Tun Mustapha Park gets hi-tech communications system |  JCI Labuan kutip lebih 1.5 tan sampah sempena World Clean-up Day |  UiNVEST, JZTW International ink consulting deal |  SEDIA draws in RM166.33 bln investments |  Hati Joslan Bojinggil tertambat dengan gadis Telupid |  Komitmen ahli Majlis Fatwa Negeri perlu tangani permasalahan umat Islam, kata Aidi | 
 BM

Pekerja Sabah Flour dikhuatiri lemas

14th March, 2018

LABUAN: Seorang pekerja Sabah Flour & Feed Mills di sini, dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jeti berhampiran tempat kerjanya dalam kejadian pagi kelmarin.

Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun berkenaan dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke laut dan hilang.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kejadian berlaku kira-kira tiga batu nautika dari jeti Maritim Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Menurut Che Adnan pihaknya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian pada 9.45 pagi.

Menurutnya operasi turut melibatkan anggota bomba, polis marin serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse