Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Top seed Chong made to sweat |  Foreign-local combination … |  Army officer killed by lightning in Kota Belud |  Ministry to continue developing human capital: Dr Yee |  GOVT WILL ACT TO PREVENT FURTHER DROP IN PALM OIL PRICES |  Sabah Supermodel Award/Manhunk Gala Dinner & Charity Show |  Empat lokasi sesuai bagi mangsa banjir dikenalpasti: Bung |  Apollo gets ‘Dreamgirls’ revival in November 2009 |  Lawyer: Michael Jackson may be too sick to travel |  Maradona: It is a great experience |  Sabah out to produce world class athletes |  Seven nations for Junior International Masters |  Actions against police highlight anger with force |  Pakistan deplores US drone attacks |  Somali pirates demand US$25 mil for Saudi oil tanker | 
 BM

Jangan samakan pribumi Sabah dengan Orang Asli Semenanjung : Pairin.

7th October, 2008

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata kedudukan pribumi Sabah mesti dilihat dari perspektif yang betul kerana mereka membentuk majoriti penduduk negeri ini.

Berikutan itu,katanya adalah silap menyamakan pribumi Sabah dengan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

“Pribumi Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama selani menguasai kedudukan utama dalam susur galur politik negeri dan perkhidmatan awam.

“Oleh itu tanggapan meminta Jabatan Orang Asli diperluaskan ke Sabah,sebagaimana dicadangkan oleh Menteri Pembanguan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak timbul,” katanya di sini kelmarin.

Muhammad disebut sebagai berkata semalam di Nabawan,kira-kira 140 kilometer dari sini,yang kementeriannya mungkin menimbang memperluas peranan Jabatan itu ke Sabah jika ada permintaan untuk itu.

Pairin,yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri,berkata pribumi Sabah,sebagai penduduk majoriti luar bandar negeri ini,adalah kumpulan sasaran utama program pembangunan Persekutuan dan negeri,

“Apa yang diperlukan ialah melipatgandakan usaha dalam mencapai tahap pembangunan infrastruktur dan pembasmian kemiskinan secara optimum.

“Terdapat jabatan dan agensi negeri dan Persekutuan yang cukup di negeri ini bagi mencapai sasaran itu,” kata beliau.

Pairin,yang merupakan Huguan Siou (Pemimpin Utama Komuniti Kadazandusun), berkata kerajaan negeri yakin dengan peruntukan kewangan sewajarnya dari Persekutuan dan perlengkapan kuasa jabatan dan agensi negeri,matlamat mempertingkat pembangunan di kawasan luar bandar termasuk pembasmian kemiskinan tegar secara total akan dapat dicapai menjelang 2010.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline