Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Top seed Chong made to sweat |  Foreign-local combination … |  Army officer killed by lightning in Kota Belud |  Ministry to continue developing human capital: Dr Yee |  GOVT WILL ACT TO PREVENT FURTHER DROP IN PALM OIL PRICES |  Sabah Supermodel Award/Manhunk Gala Dinner & Charity Show |  Empat lokasi sesuai bagi mangsa banjir dikenalpasti: Bung |  Apollo gets ‘Dreamgirls’ revival in November 2009 |  Lawyer: Michael Jackson may be too sick to travel |  Maradona: It is a great experience |  Sabah out to produce world class athletes |  Seven nations for Junior International Masters |  Actions against police highlight anger with force |  Pakistan deplores US drone attacks |  Somali pirates demand US$25 mil for Saudi oil tanker | 
 BM

Tidak perlu ada rakan pasukan, kata Dr Mahathir

6th October, 2008

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anggota Umno yangingin bertanding pada pemilihan parti Mac depan tidak perlu mewujudkan sebarang pasukan.

Sebaliknya kata bekas Perdana Menteri itu pemimpin yang baru dipilih mestilah bersedia bekerja dengan sesiapa pun untuk kebaikan parti. Beliau juga mengingatkan anggota Umno yang ingin bertanding supaya tidak terikut-ikut dengan cara pemilihan presiden Amerika Syarikat di mana calon dikehendaki mempunyai rakan pertandingan.

“Ini bukanlah Amerika Syarikat. Tak perlulah ada pasukan. Kalau kita menang, pasukan kita menang, nak bekerjasama dengan orang yang lawan kita itu susah.

“Kita boleh masing-masing bertanding jawatan masing-masing, dan kita harus sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang menang,” kata-nya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka beliau di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini kelmarin. Dr Mahathir juga mengalu-ngalukan keputusan beberapa anggota ka-nan parti yang mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding bagi jawa-tan timbalan presiden jika penyandang Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding jawatan presiden.

“Baguslah. Jangan main kotor sudahlah. Jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insyaAllah orang akan pilih kita. Tapi kalau guna tekanan, mengikat tangan orang, ini bukan demokrasi,” katanya.

Mengenai rancangan untuk menyertai semula Umno, katanya beliau belum memutuskan cawangan mana yang akan sertai. Beliau berkata masalah kini ialah beberapa anggota Umno yang keluar parti mengikut jejak langkahnya pada 1 Mei lepas, hendaklah dibenarkan menyertai semula Umno.

“Sekarang ada lagi satu masalah besar. Rupa-rupanya ramai yang keluar daripada Umno selepas saya keluar. Jadi kalau saya masuk, orang ini tak dapat masuk, tidak adillah. Saya keluar mereka ikut, saya masuk mereka tak boleh ikut,” kata beliau.

Dr Mahathir memberi amaran bahawa banyak masalah mungkin timbul jika anggota ini tidak dibenarkan menyertai semula parti. “Jangan lupa orang ini ada kuasa undi. Kalau dia dah di luar Umno dan undi parti lawan, Umno akan kalah,” katanya.

Terdahulu semasa bercakap dengan pemberita, anaknya Datuk Mukhriz berkata beliau berharap ayahnya akan menyertai semula Umno cawangan Jitra. “Saya ada bagi pandangan saya demi pentingnya beliau kembali pada cawangan Jitra dan bahagian Kubang Pasu. Tetapi setakat ini belum lagi memaklumkan kepada saya. Beliau belum menyatakan bila dan di mana. Saya agak ghairah untuk tahu juga,” katanya.

Mengulas pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, anggota Parlimen Jerlun itu berkata mereka yang ingin bertanding sewajar mengumumkan hasratnya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan itu atau sebaliknya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline