Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

ATB 2 siap sedia pastikan keselamatan perairan negara

14th February, 2018

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) sentiasa bersiap siaga mengekang sebarang kejadian tidak diingini di sekitar perairan Malaysia terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan pintu belakang dan laluan utama anasir jahat.

Menurut Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Zarondin Md Amin, bagi memastikan keadaan keselamatan di perairan terjaga sepanjang masa, sistem pemerkasaan dari segi perolehan aset adalah melalui 3 sea basing oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), iaitu Kapal Auxilari Tun Azizan (KA TAZ), Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) dan Bunga Mas 5 (BM 5) ditempatkan di beberapa lokasi strategik sekitar perairan negara.

“Bagi membendung perkara yang tidak diingini atau seumpamanya seperti yang berlaku semasa pencerobohan di Lahad Datu dahulu.. ATB 2 sentiasa peka dan aktif melalui aturgerak sebilang masa terutamanya di kawasan yang dikenalpasti sebagai laluan pintu belakang dan laluan utama…

“Kita akan sentiasa bersiap siaga mengekang sebarang kejadian buruk khususnya di kawasan perairan negara ini.. Oleh itu dengan adanya aset tersebut sekaligus dapat memberi impak positif dalam membantu meningkatkan keselamatan negara,” katanya

Zarondin berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Penyerahan Komputer di Sekolah 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Pulau Berhala disini pada Selasa.

Hadir sama, wakil Sekretariat Markas ATM, Lt Kol Zahrullail Hidayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk Lt. Kdr (K) Charles O Pang dan Mejar (K) Datuk Lim Ming Hoo dan Pegawai Memerintah 6 Rejimen Ranjer Diraja, Lt Kol Mohd Adlie Mohd.

Dalam pada itu, jelas Zarondin usaha ATB 2 dalam mengekang kejadian-kejadian buruk sedemikian akan terus dipertingkat dari masa ke masa bersama agensi-agensi keselamatan yang lain.

“Keselamatan di perairan adalah tanggungjawab kami dan kini perairan pantai timur berada dalam keadaan terkawal.. jika dibandingkan dengan tahun 2016 banyak kejadian berlaku melibatkan penculikan rompakan di sekitar perairan Malaysia… Tapi pada tahun 2017 tidak ada sebarang kejadian penculikan dan pencerobohan berlaku…

“Oleh itu kita bersama dengan agensi keselamatan yang lain akan berusaha sebaik mungkin pada setiap masa untuk memastikan kejadian buruk berjaya dibanteras di kawasan perairan ini demi memastikan keselamatan negara khususnya orang awam terjamin,” katanya.

Pada majlis itu, Zarondin menyampaikan sebanyak 10 buah komputer sumbangan Koperasi Tentera kepada Penyelia Sekolah 3M, Sarjan Mohd Amran Jaffar.

Jelas beliau, penyerahan komputer ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal sekaligus melahirkan anak-anak yang celik komputer di pulau itu.

“Walaupun mereka ini tinggal jauh dari bandar tapi tidak ada alasan untuk mereka (pelajar) ketinggalan dalam arus kemajuan khususnya dalam bidang IT,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse