Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Berhati-hati memandu di empat 'hotspot'

14th February, 2018

RANAU: Pengguna jalan raya dinasihat supaya lebih berhati-hati ketika memandu di empat lokasi ‘hotspot’ atau kawasan kerap berlaku kemalangan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Mohd Farhan Lee Abdulah memberitahu, kawasan tersebut kerap berlaku kemalangan yang meragut nyawa.

“Empat lokasi berkenaan iaitu Kilometer (KM) 1-30 (Ranau-Telupid)Pekan Ranau-Kg. Nabutan, KM48-68 (Jalan Ranau-Telupid) Paginatan-simpang Kg. Miruru, KM1-22 (Jalan Ranau-Tampaluri) Pekan Ranau-Simpang Bundu Tuhan dan KM1-7 (Jalan Ranau-Tambunan) Pekan Ranau-simpang Kg. Gana-Gana.

“Pada 9 Februari, satu kemalangan maut berlaku melibatkan pemandu lori tangki minyak di Km 7.6 Jalan Ranau-Tampaluri dan pada 10 Februari, seorang lagi pemandu lori, membawa muatan buah kelapa sawit maut selepas kemalangan dekat Kg Nabutan, disusuli kemalangan yang turut meragut nyawa seorang penunggang motosikal di jambatan Sungai Liwagu pada 11 Febuari lalu,” katanya.

Menurut Farhan, semua kemalangan maut itu berlaku di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi ‘hospot’ dan meminta pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati terutama pada musim perayaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran kempen bersepadu Keselamatan Jalan Raya dan OP Selamat 12/2018 sempena perayaan Tahun Baru Cina di hadapan stesyen minyak Shell, di sini pada Isnin.

Majlis pelancaran disempurnakan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr.Ewon Ebin dan turut dihadiri, Penolong Pegawai,Daerah Ranau, Yuesri Ismail, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Huil Binua,wakil Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan ketua-ketua jabatan.

Sementara itu, Ewon dalam ucapannya, menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati di jalan raya serta merancang perjalanan agar dapat mengelak dari berlakunya kemalangan.

“Kemalangan boleh dielak apabila semua pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab dan berhemah dengan mematuhi undang-undang serta mengikut saranan kempen keselamatan yang diadakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ewon mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi terlibat atas inisiatif memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat samaada pengguna jalan raya mahupun kepada mangsa perlakuan jenayah menerusi kempen Ops Selamat.-OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse