Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kadazandusun Language Carnival to be held from May 2 |  Jellyfish warning signages put up |  Trade associations hope for policy that benefits employers, employees |  PBS pinopoimagon mingkakat id suang PRK Sandakan |  Juniors deliver full points |  Karnival Boos Kadazandusun ontok ko 2 Vuhan Kohimo |  Lawatan Penandaarasan KPKP SMK Takis Papar ke SMK Arshad, K-Belud |  MTDC plans to open I4.0 hub in Sabah |  Digi posts lower net profit of RM341.5 mln |  English Language programme empowers rural women to help kids in their studies |  'Hinava' kompilasi terbaharu lagu-lagu Kadazan |  Pemuliharaan ekosistem marin Taman Laut perlu diperkasa |  MTDC rancang buka pusat usahawan berteras IR4.0 di Sabah |  Perkhidmatan feri bawa pelancong Tawau-Semporna bakal beroperasi |  KDCA Keningau anjur Pesta Kaamatan 27 hingga 28 April | 
 BM

Program mentor mentee tingkatkan kecemerlangan pelajar

2nd February, 2018

NABAWAN: Program mentor mentee yang dilaksanakan di SMK Sepulot, di sini mampu meningkatkan kecemerlangan pelajar hasil komunikasi yang lebih rapat antara guru dan murid melalui pelaksanaan program itu.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Bobbey A Suan berkata, program ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.

“Mentor bukan sahaja menitiberatkan individu berhubung psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain.

“Sistem mentor mentee terdiri daripada komponen ibu bapa angkat dan sistem bimbingan. Mentor bertindak sebagai ibu atau bapa angkat yang sentiasa memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid yang merupakan antara anak angkat yang dikenali sebagai mentee.

“Program ini perlu dilaksanakan bagi mewujudkan satu suasana harmoni di kalangan komuniti sekolah khususnya antara guru dan murid selain kerjasama semua pihak untuk menjayakannya,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Adun Nabawan berkata demikian ketika merasmikan Program Mentor Mentee di SMK Sepulot, di sini, pada Rabu.

Katanya, program mentor mentee ini adalah seleras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Katanya, mentor juga membimbing mentee membawa keputusan, menghadapi masalah atau mengetasi tekanan dan berusaha menjadikan mentee sebagai individu yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.

Walau bagaimanapun katanya, kejayaan pelaksanaan program ini memerlukan kerjasama yang berterusan antara semua pihak.

Turut hadir dalam majlis itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan, Jubilin Kilan dan Pengetua SMK Sepulut Osman Aganduk.- OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse