Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Io’ Keewon dii Carl mongunsikou nakaanu kosiwatan |  Keewon dan Carl syukuri peluang persembahan di Mrs Borneo Queen 2018 |  Keningau tuan rumah pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri: Pairin |  Graduan UMSKAL johan Pertandingan Pidato 1Malaysia |  TLDM anjur Program Interaksi sempena Hari Ulang Tahun ke-84 |  Bayi baru lahir ditemukan di pintu pagar masjid |  APMM pintas 12 PATI di perairan Kinabutan |  Mansuh GST akan buat defisit fiskal meningkat: Madius |  Rozman yakin BN Labuan kekalkan momentum menangi PRU14 |  Mahkamah tolak saman minta PM bentang persempadanan semula di Sabah |  Najib peraku hak Sabah dilaksanakan, kata Zahid |  BN akan terus bangunkan Sabah dan Sarawak |  Kedah unseat Junior Rhinos |  Setback for Sabah Rhinos |  K2 and Tritonic for Borneo Marathon | 
 BM

Juwita Suwito miliki aura, pesona diri positif

23rd December, 2017

NAMA Juwita Suwito sudah tidak asing lagi dalam industri muzik. Orangnya penuh dengan santun, tertib seorang wanita berkarisma sofistikated.

Juwita juga memiliki aura tersendiri yang mampu membuatkan orang di sekelilingnya selesa walau baru pertama kali bertemu.

Tidak hairanlah ramai yang menyanjungi bakat besar penyanyi dan penggubah bebas ini serta keperibadiannya yang mulia.

Ditemui media baru-baru ini, sempena sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu (KK) di Padang Merdeka, Juwita dengan ikhlas menzahirkan kegembiraannya kerana dapat berkunjung lagi ke Sabah.

Malah Juwita turut menyatakan rasa kagumnya dengan masyarakat Sabah yang sentiasa menikmati keharmonian dan keamanan meskipun rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan berbeza agama.

“Apa yang saya suka tentang Sabah ialah semuanya bersatu… anda boleh pergi ke kedai kopi dan duduk bersama tanpa sebarang masalah. Senario sebegini bukanlah sesuatu yang selalu dapat dilihat di Semenanjung,” katanya tersenyum manis, menyerlahkan lesung pipit di pipi kanannya.

Tutur Juwita lagi, setiap kali berkunjung ke sini bersama kumpulannya, kesemuanya pasti akan jatuh cinta dengan keharmonian dan keindahan negeri di bawah bayu ini.

“Kami mengadakan banyak bengkel di Sabah dan setiap kali saya membawa band saya, atau ahli yang kali pertama datang ke sini, semuanya pasti jatuh cinta dengan Sabah.

“Senario (kebersamaan) seperti ini adalah Malaysia yang kita rindukan, yang pernah kita lalui suatu ketika dahulu dan yang kita harapkan untuk menikmatinya lagi,” katanya.

Krismas dan Harapan Memandangkan kedatangannya kali ini sempena sambutan perayaan Krismas KK, soalan mengenai apakah makna Krismas bagi dirinya, diajukan kepada Juwita.

“Krismas adalah peluang untuk berkongsi kegembiraan dan cinta serta kemeriahan kerana kita mengalami masa-masa yang sukar dan ini adalah masa yang baik untuk menyanyikan lagu tentang harapan dan cinta.

“Selain itu bagi saya, Krismas juga banyak kerja… Saya akan menyambut Krismas di Singapura sambil bekerja,” ujarnya tertawa mesra.

Mengupas lebih lanjut mengenai ‘masa yang sukar’, umum menyedari isu dunia mengenai permusuhan, pergolakan dan peperangan yang berlaku secara global.

Namun sambutan Krismas memberi harapan kepada manusia untuk hidup dalam keadaan yang lebih baik, aman dan harmoni.

“Kita dapat perhatikan masyarakat kini semakin terpolarisasi, a little bit more fundamental in their beliefs… Tetapi dalam masa yang sama, saya mempunyai kawan (yang berlainan agama) yang benar-benar terbuka, mereka akan datang untuk parti Krismas.

“Ini adalah masa yang tepat untuk menjemput kawan-kawan dan mengeratkan hubungan lagi,” katanya yang menyakini selain dirinya, pasti ramai lagi yang merindukan suasana penuh kasih dan keamanan.

‘Songs and Stories’ Ditanya mengenai perkembangan terbarunya, adik kepada Aubrey Suwito ini berkata dia belum lagi menghasilkan apa-apa material yang baru. Namun dia kerap menghasilkan lagu single dan memberikan tumpuannya terhadap Song and Stories.

Songs and Stories telah ditubuhkan pada tahun lepas dan merupakan inisiatif bersama oleh Juwita dan penulis novel Gina Yap Lai Yoong. Mereka menghasikan video mengenai kehidupan harian masyarakat dan juga tempat-tempat di seluruh Malaysia yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

Tujuan utamanya ialah untuk mengumpulkan dan memperkenalkan pelbagai cerita dalam semua lapisan masyarakat Malaysia supaya penduduk di negara ini lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik dan diperkukuhkan sekaligus bersatu sebagai sebuah negara.

“Kami baru sahaja selesai satu tahun, kami mula secara rasmi pertengahan tahun lepas dan akhir tahun ini kebanyakan projek yang kami lakukan di Semenanjung. Tahun depan kami merancang untuk kembali ke Sabah dan Sarawak.

“Bagi saya, projek ini memberi impak yang besar. Orang ramai yang melihat video itu teruja semula dengan bandar mereka dan kami berharap dapat melakukan lebih banyak perkara seperti ini,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse