Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Eight-year-old boy snatched by croc in Kinabatangan River |  Korean national charged for injuring local man |  National Rugby 7s captain to be selected soon |  Gymnasts set to switch training venue |  SSPN records investment profit of RM118.46 mln in first half 2020 – PTPTN |  AirAsia accelerates digital transformation by implementing robotic process automation |  flexi2pay app to help gig economy players manage financial activities |  Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau |  Kinosonongon surupukaraja pomorunan kurier pogun nokosigampot 70 pihatus di 2019 |  Kusai aiso kalaja tinolungu apat toun |  Kusai nopujulan kiniopon noonsitan traktor |  13 nagakom id ponginaman mogohimu sumuang |  Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka eratkan silaturahim penduduk saudara Islam di Pulau Sepanggar |  160 hadiri Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan di Sabah |  Jawatankuasa PPKK jalin k-sama lebih banyak sekolah | 
 BM

Badak sumbu Sumatera betina, terakhir hadapi masalah kesihatan serius

18th December, 2017

KOTA KINABALU: Hanya selepas setengah tahun kematian Puntung, badak sumbu Sumatera betina terakhir yang hidup di Malaysia yang dinamakan ‘Iman’ pula mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata badak sumbu itu mengalamai pendarahan daripada tumor di rahimnya yang bermula sejak tiga hari lepas.

“Selalunya, ini boleh dirawat dengan ubat dan makanan tambahan. Kali ini Iman enggan meninggalkan kubangnya dan tidak lalu makan, jadi rawatan biasa tidak boleh digunakan. Dia menyerang sesiapa yang datang dekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Dipercayai satu daripada tumor Iman yang besar mungkin telah pecah dan menyebabkan pendarahan dan kesakitan. Beliau berkata Tabin (sebuah hutan simpan di Lahad Datu) menerima hujan hampir enam meter dalam 2017, jadi padok Iman menjadi becak dan berselut serta menyukarkan keadaan.

“Kedua-dua veterinar Borneo Rhino Alliance terus memantau Iman bersama penjaganya, Kami mengharapkan yang terbaik dan akan memastikan orang ramai mengetahui perkembangannya,” kata Augustine. – Bernama

   
Email Print