Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Unique seafood ‘siew mai’ at Dragon Palace |  Daunting task awaits Rhinos |  Kaspersky attempting Malaysian record |  Priceworth nine-month net profit up 6 times to RM10.3 million |  Sabah hentikan eksport balak sementara waktu, kata Shafie |  K’jaan tidak akan naikkan harga petrol buat masa ini: PM |  Gaji jemaah menteri dikurangkan 10 peratus |  Shafie halts log exports, industry players rejoice |  Dr Mahathir chairs first cabinet meeting |  Ongkili: Constitutional crisis if Warisan govt continues |  Shafie had no fear of repercussion advising Najib over 1MDB |  Cabinet agrees search for MH370 to end May 29 |  5 govt-linked agencies disbanded |  Cabinet ministers take 10 per cent pay cut |  pogoduhan momuwalai id koiyonon obinliyudan | 
 BM

Lebih RM400 juta pelaburan asing diluluskan walau ekonomi tidak menentu

8th December, 2017

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Sabah terus menarik pelaburan tambahan dengan meluluskan pelaburan asing bernilai lebih RM400 juta pada separuh pertama tahun ini, walaupun persekitaran ekonomi global tidak menentu.

Pengarah Eksekutif, Perancangan Strategik (Perkilangan) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Zabidi Mahbar berkata, ia adalah dalam pelbagai sektor termasuk perhotelan dan pelancongan, projek penjanaan tenaga dan pemuliharaan serta sektor perkilangan.

Beliau berkata, ekosistem yang komprehensif menjadi tarikan semula jadi kepada para pelabur untuk melabur di negeri ini.

“Oleh itu kerajaan terus melaksanakan usaha bersepadu untuk menyokong pelabur luar agar menjalankan perniagaan mereka di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pelaburan Domestik Malaysia Timur, di Pasific Sutera Harbour, di sini, kelmarin.

Zabidi berkata, sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 757 projek perkilangan dengan pelaburan bernilai RM19.7 bilion dilaksanakan di Sabah yang telah memberi manfaat dari segi pekerjaan kepada lebih 91,000 orang rakyat negeri ini.

“Antara syarikat terkemuka yang beroperasi di Sabah termasuk Petronas Chemicals Fertilizer (urea ammonia & granular), Sabah Forest Industries (pulpa & kertas), Sunlight Inno Seafood (udang beku), Genting Biodiesel (biodiesel) dan Mewah Datu (penapisan minyak sawit),” katanya.

Katanya lagi, apabila projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,083 kilometer siap, ia akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi rakyat Sabah dan Sarawak.

“Apabila siap kelak, Lebuhraya Pan Borneo dijangka menjadi tulang belakang pengangkutan di Sabah dan Sarawak, sekali gus membuka koridor ekonomi yang akan mendorong lebih banyak pelabur, melabur Malaysia Timur khususnya dalam sektor minyak dan gas, pembuatan, pembinaan, pembuatan makanan, perabot, pelancongan dan pertanian,” katanya.

Selain itu katanya, pada masa ini, kerajaan secara agresif menjalankan pelbagai usaha membantu para peserta industri ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melalui penggunaan automasi dan perkilangan pintar.

“Sebagai peneraju Industri 4.0, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Mida telah merangka strategi dan menjalankan penyelidikan berkaitan Industri 4.0.

“Dokumen itu dijangka siap menjelang suku pertama tahun 2018,” katanya.

Zabidi berkata, bagi mempercepatkan pertumbuhan Industri 4.0 di Malaysia, kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej insentif baharu menerusi Bajet 2018 antaranya peruntukan geran sepadan RM245 juta dibawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan perkilangan pintar.

   
Email Print
   
 
 
E-browse