Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 BM

Majlis Reunion SRK Sungai Manila 1975-1980 meriah

8th December, 2017

SANDAKAN: Majlis Reunion Rakan Sekelas oleh bekas-bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sungai Manila, Sandakan (1975-1980) di sambut dengan sederhana tapi meriah di Dewan Taman Cahaya, di sini baru-baru ini.

Majlis bertemakan Demi persahabatan yang jauh diingati, yang dekat disayangi- Sireh Pulang Ke Gagang itu dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan bertukar hadiah.

Pengisian acara tersebut disertakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Penganjur, Alfred Golimas merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan serta ucapan oleh mantan Cikgu Rosnani Nasip dan mantan Cikgu Jeffrus Maimin Rijan sebagai tetamu jemputan.

Selain itu, terdapat juga perkongsian motivasi yang ringkas dan santai tapi padat oleh seorang lagi bekas pelajar SRK Sg Manila Sandakan, Ruslie Jokulung @ Mohd Sidek.

Juga persembahan lagu tema iaitu Peralihan Zaman oleh AJK Pelaksana Reunion Classmates 2017 yg menggamit nostalgia masa lalu dan persembahan nyanyian karaoke terbuka oleh beberapa orang rakan sekelas termasuk Pengerusi Penganjur sendiri.

Majlis berkenaan diceriakan lagi dengan persembahan kugiran oleh Band Taman Cahaya (Persatuan Orang Buta Sabah), persembahan Busking oleh kumpulan Buskerz Bawah Kulung yang di ketuai oleh Israh Dudui juga bekas pelajar SRK Sg Manila Sandakan dan persembahan instrumental gitar akustik oleh Marvin Marakus.

Kemudian acara pemotongan Kek Reunion Classmates oleh kedua-dua tetamu jemputan iaitu mantan cikgu SRK Sg Manila Sandakan. -OLEH ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse