Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 BM

Maimunah, PeWaniS ziarah mangsa kebakaran Kg. Tambilaung

8th December, 2017

KOTA BELUD: Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul telah mengadakan ziarah prihatin bersama Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Sabah (PeWaniS) kepada mangsa kebakaran di Kampung Tambilaung.

Ketika ditemui beliau berkata, Jabatan Pendidikan Sabah amat bersimpati dan prihatin terhadap mangsa apatah lagi beberapa orang anak dan cucunya masih bersekolah.

“Tujuan ziarah prihatin terhadap mangsa kebakaran ialah membantu sekadar termampu bagi meringankan bebanan mereka,” katanya.

Dalam kejadian kebakaran baru-baru ini seorang wanita ditemui rentung selepas rumahnya di Kampung Tambilaung di sini musnah dalam kebakaran minggu lalu. Mangsa tersebut ialah Arimah Sagi, 55, dan enam ahli keluarganya yang turut tinggal di rumah berkenaan terselamat.

Maimunah yang juga Pengerusi PeWaniS berkata ziarah itu diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada anak dan cucu-cucu mangsa yang masih di bangku persekolahan.

“Saya mahu mereka terus bersemangat untuk belajar dan menempuh liku-liku kehidupan ini dan anggaplah apa yang berlaku ini sebagai takdir dan ujian agar anak-anak akan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Jabatan Pendidikan Sabah bersama Kelab Staf (PeWaniS), PeWaniS Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud serta Pengetua SMK Taun Gusi II telah menyumbangkan bantuan seperti pakaian, makanan, beg sekolah dan sedikit wang tunai yang disampaikan sendiri oleh Maimunah kepada Jati Arie iaitu suami kepada mangsa.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Anjan Rudin, Pengetua SMK Taun Gusi II, Pauze Majid, guru-guru besar serta Pegawai Kaunseling Organisasi, Kasmah Rajikan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse