Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

PPM tahan juragan cuba bawa keluar pelbagai barangan kawalan

8th December, 2017

TAWAU: Seorang juragan tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas cuba membawa keluar pelbagai jenis barang kawalan bernilai RM13,110 pada Rabu di laut sungai Tongkang di sini.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohd Yazib Abd Aziz dalam kenyataan berkata lelaki berusia 28 tahun itu kini ditahan dan barangan kawalan yang dibawanya dirampas.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu sepasukan anggota diketuai Koperal Norazmi Mansor bersama tiga anggota telah terserempak sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan harian.

“Bot berkenaan diarah mengubah haluan ke pangkalan marin untuk tujuan pemeriksaan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai barang kawalan yang tidak mempunyai dokumen dari agensi berkaitan,” katanya.

Antara barangan yang dirampas dalam kes itu adalah 38 tong gas cecair petroleum (LPG), 950 kilogram (kg) minyak masak, 950 kg gula prai.

Mohd Yazib berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Per.3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. -OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse