Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 BM

Naib Canselor UMS terima pangkat Kepten (Kehormat) PSSTLDM

8th December, 2017

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dianugerahkan pangkat Kapten (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dalam satu majlis rasmi kelmarin.

Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat PSSTLDM itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Penganugerahan pangkat tersebut diberikan selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang memperakukan keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke – 558 yang bersidang pada 23 Ogos untuk mentauliahkan Datuk D Kamarudin sebagai Kepten (Kehormat) PSSTLDM.

Hadir sama menyaksikan penyempurnaan majlis pemakaian pangkat tersebut Pegawai Kanan TLDM, Laksamana Pertama Khalid Jaafar dan Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS, Komander (Kehormat) Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani.

   
Email Print
   
 
 
E-browse