Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 BM

Pengetua mengaku tidak bersalah lakukan perbuatan lucah melampau

8th December, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Seorang pengetua sebuah madrasah mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap empat pelajar lelaki berusia 15 hingga 16 tahun di Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Maznan Omar, 34, didakwa melakukan perbuatan itu bagi pertuduhan pertama dan kedua terhadap dua pelajar pada bulan Jun 2016 kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah bernombor, Bandar Sri Indah.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan perbuatan sama di rumah sama kira-kira jam 10.20 malam pada bulan dan tahun yang sama terhadap seorang pelajar.

Manakala bagi pertuduhan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan itu kepada seorang lagi pelajar di rumah sama kira-kira jam 10.45 pagi pada bulan Ogos 2016.

Kesemua pertuduhan itu di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman jika sabit kesalahan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun.

Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus membenarkan tertuduh diikat jamin RM16 ribu iaitu masing-masing RM5000 bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat sebanyak RM3000.

Dengan syarat dua penjamin tempatan beralamat tetap di Tawau bagi setiap pertuduhan dan syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat dan tidak boleh berhubung atau mendekati saksi mahupun mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan untuk pengurusan serta lantikan peguam.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Wan Muhammad Fitri Wan Azizan yang sebelum itu menawarkan jaminan sebanyak RM10 ribu bagi setiap pertuduhan dengan syarat lain sebelum diputuskan mahkamah.

Difahamkan tertuduh melakukan urutan batin dengan menjolok dubur pelajar lelaki terlibat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse