Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Artis tempatan Sabah bakal meriahkan Konsert Krismas Vfm 2017 hari ini

7th December, 2017

TAMBUNAN: Konsert Krismas SabahVfm 2017 akan berlangsung pada 7 Disember ini (hari ini) bermula pada jam 9 pagi di Pisompuruan Square, di sini yang akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pegawai Daerah Tambunan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Thomas Logijin berkata, Konsert Krismas ini berkonsepkan hiburan iaitu persembahan nyanyian yang mana konsert ini akan dirakamkan dan disiarkan melalui SABAHVfm.

“Antara artis-artis undangan yang akan membuat persembahan nyanyian ialah seperti Francis Landong, Rosario Ninih Bianis, Persembahan koir Krismas daripada St. Theresa Tambunan dan persembahan nyanyian daripada juruhebah-juruhebah Unit SABAHVfm,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan konsert di Pejabat Daerah di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan konsert Krismas SabahVfm tersebut.

Turut hadir pada mesyuarat itu Pengurus SabahVfm Jabatan Penyiaran Sabah, Lalitha Sundram; Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Tambunan, Atilin Doniu dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah Tambunan.- OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse