Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Unique seafood ‘siew mai’ at Dragon Palace |  Daunting task awaits Rhinos |  Kaspersky attempting Malaysian record |  Priceworth nine-month net profit up 6 times to RM10.3 million |  Sabah hentikan eksport balak sementara waktu, kata Shafie |  K’jaan tidak akan naikkan harga petrol buat masa ini: PM |  Gaji jemaah menteri dikurangkan 10 peratus |  Shafie halts log exports, industry players rejoice |  Dr Mahathir chairs first cabinet meeting |  Ongkili: Constitutional crisis if Warisan govt continues |  Shafie had no fear of repercussion advising Najib over 1MDB |  Cabinet agrees search for MH370 to end May 29 |  5 govt-linked agencies disbanded |  Cabinet ministers take 10 per cent pay cut |  pogoduhan momuwalai id koiyonon obinliyudan | 
 BM

Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj beri ilmu kepada jemaah haji

7th December, 2017

SANDAKAN: Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) bagi musim haji 1438 Hijrah 2017M telah berlangsung di Dewan Seri Gomantong, Batu 7, dekat sini, kelmarin.

Antara objektif program adalah bagi mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturahim dalam kalangan jemaah haji setempat untuk menggalakkan masyarakat yang sihat.

Selain itu, ia sebagai mengekalkan roh haji atau falsafah haji dan sekali gus memberikan ilmu kepada para jemaah yang diraikan bagi musim kali ini.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Datuk Haji Pg Galpam, Datuk Pg Haji Abdul Rahman Pg Mohd Galpam.

Dalam ucapannya, beliau memuji pihak Tabung Haji (TH) Sabah kerana telah berjaya mengurus serta mengendalikan para jemaah haji dengan baik sekali.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada TH khususnya di Sandakan kerana sudi menjemputnya untuk menyempurnakan perasmian program.

“Semoga hubungan silaturahim terus berkekalan lebih-lebih lagi majlis seperti ini merupakan julung kali diadakan di Dewan Seri Gomantong oleh pihak TH Sandakan,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Lembaga TH Negeri Sabah iaitu Datin Hajah Nurlaila Hj Said berkata pihak kerajaan amat prihatin kepada jemaah haji termasuklah membayar subsidi kepada mereka.

Oleh itu, ujarnya para jemaah haji harus berterima kasih kepada kerajaan diatas keprihatinan menjaga segala keperluan mahu pun kemudahan semasa berada di Tanah Suci Mekah.

Beliau turut meminta para jemaah haji agar sentiasa memelihara keperibadian Haji setelah balik dari Tanah Suci.- OLEH ROZZALIN HASHIM

   
Email Print
   
 
 
E-browse