Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 BM

Pelajar UMS berbakti menerusi INTERIM

7th December, 2017

TELIPOK: Seramai 37 orang mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengambil kursus kokurikulum Interaksi Antara Masyarakat (INTERIM) Seksyen 6 bagi sesi 1/2017-2018 telah mengadakan program ‘Jalinan Belia INTERIM UMS’ di Kg Lapasan.

Pensyarah Juhana Johny memberitahu, program jalinan belia itu diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa mahasiswi UMS kepada golongan belia kampung yang kurang bernasib baik dan membuka peluang untuk berkongsi pengalaman hidup di menara gading.

“Kami ingin berkongsi serba sedikit apa yang kami ada dan melalui UMS khususnya dapat memberi suntikan semangat kepada para belia kawasan ini untuk terus berusaha dan memperbaiki kehidupan demi menikmati masa hadapan yang lebih baik,” jelasnya ketika ditemui.

Program itu turut menjadi alternatif dalam melahirkan kesedaran kepada para belia tentang kepentingan berusaha gigih dalam menuntut ilmu dan mengejar cita-cita.

“Seramai 30 orang belia di kampung itu turut serta dalam sesi jalinan belia pada kali ini dan saya merasakan mereka sememangnya menyedari tanggungjawab mereka kepada negara untuk terus berusaha dan mempertahankan keharmonian tanah air dari pelbagai aspek,” jelas Juhana lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Juliana Mejin berkata program yang diadakan untuk meningkatkan semangat para belia itu turut memberi impak yang besar kepada peserta yang bertindak selaku ahli jawatan kuasa penganjur.

“Kami ingin membawa cara baru untuk mendekati golongan muda dan membuka minda mereka selaras dengan keperluan negara yang inginkan negara maju dipimpin oleh generasi muda iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Belia sememangnya berperanan sebagai golongan yang menjadi harapan kepada negara dan untuk mencapai objektif yang diharapkan bagi TN50, belia wajar menjadi golongan yang berdaya saing dan berfikiran lebih matang,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut adalah gotong-royong bersama penduduk kampung, membersihkan balai raya dan alam sekitar.

Juhana turut berkata aktiviti kesukarelawan itu dilihat berjaya memberi impak positif kepada para peserta sekaligus menyokong usaha kerajaan dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk menerajui kepimpinan negara.- OLEH: NOOR ZAFIRA SHAFIE

   
Email Print
   
 
 
E-browse