Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

Penerbitan Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial beri sumbangan besar kepada UMS

7th December, 2017

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Penerbitan Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS) dan e-Buletin mampu memberikan sumbangan besar kepada ranking dan pengiktirafan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di peringkat antarabangsa. Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, ini kerana satu daripada pengiktirafan ranking universiti adalah melalui cabang penerbitan.

“Penerbitan Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial merupakan satu lagi penanda aras bahawa Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial telah meletakkan dirinya ke tahap yang lebih baik dan sesuai dengan misinya untuk menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi.

“Dengan itu, artikel yang terbaik juga dapat dihasilkan seterusnya dapat dikongsikan dengan para ilmuan dan pengkaji yang lain.

“Oleh itu saya percaya jurnal ini mampu memberikan sumbangan yang besar kepada ranking universiti kelak,” katanya dalam teks ucapan sempena Pelancaran Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), e-Buletin dan TESL Service Centre (TSC), di Auditorium Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS Prof. Dr Shahril Yusof. Turut hadir Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS Prof.Dr.Haji Mohd Dahlan A Malek.

D Kamarudin berkata, melalui e-Buletin, maklumat tentang kecemerlangan fakulti dapat disalurkan secara online, lebih pantas dan mudah dicapai.

“Saya percaya dengan penyaluran maklumat yang mudah, masyarakat luar akan lebih terinspirasi dengan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dan UMS secara umumnya,” katanya.

Beliau bekata, setiap tahun UMS menerima kemasukan pelajar antarabangsa dan melalui e-buletin ini, akan menjadi platform bagi calon pelajar antarabangsa lain meminati aktiviti atau bidang yang mereka ceburi jika menjadikan UMS sebagai pilihan.

“Begitu juga dengan TESL Service Centre, dengan adanya pusat ini, para pelajar dapat menyumbang ilmu yang mereka peroleh dalam bidang TESL kepada masyarakat sekaligus memperkasakan kompetensi mereka dalam penguasaan bahasa Inggeris,” katanya.

D Kamarudin berkata, kecemerlangan sesebuah universiti bergantung pada hasil yang diperoleh dan sumbangan itu pastinya akan lebih memberi makna serta konsisten jika ada asas yang kukuh.

“Pengukur bagi kecemerlangan ini adalah daripada ranking yang diperolehi. Oleh itu saya berharap pelancaran jurnal, e-buletin dan TESL Service Centre, Fakulti Psikologi dan Kesihatan Sosial serta UMS mampu menghasilkan idea kreatif dan inovatif serta berimpak tinggi,” katanya.

Sementara itu Mohd Dahlan berkata, jurnal-jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial dapat membantu memandu cara institusi keluarga membina keluarga bahagia melalui dapatan penyelidikan yang kini dijurnalkan.

Beliau berkata, ini kerana responden kepada kebanyakan penyelidikan berkaitan psikologi adalah mereka yang bergelar ketua keluarga (ibu bapa).

“Misalnya, melalui satu kajian pada tahun 1995, ada menyatakan bahawa kecemerlangan individu, yakni anak adalah dipengaruhi oleh 20 peratus kecerdasan dalam intelek dan 80 peratus pula dipengaruhi kecerdasan emosi.

“Maka ibu bapa perlu menyedari serta membina satu amalan untuk melatih dan membantu meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak mereka agar dibantu ke arah kecemerlangan terutamanya dalam bidang akademik,” katanya.

Dalam konteks jabatan dan alam pekerjaan, Mohd Dahlan berkata, penyelidikan yang dijurnalkan boleh menjadi panduan kepada ketua organisasi untuk mengurus manusia secara berkesan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse