Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Minggu Kesedaran Kanser Mulut sebagai langkah pencegahan

7th December, 2017

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN foto JOSIE LIEW

KUNDASANG: Minggu Kesedaran Kanser Mulut merupakan satu program yang dijayakan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan penyakit kanser mulut, faktor risiko dan komplikasi penyakit tersebut.

Usaha mencegah penularan penyakit kanser mulut bukan sesuatu yang mudah malah bertambah serius jika tidak dibendung di peringkat awal ini kerana tabiat seperti memakan sirih, pinang, merokok dan alkohol telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup segelintir masyarakat di negeri ini.

Setiausaha Politik Kementerian Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Amisah Yassin berkata, kajian yang dijalankan di Universiti Malaya oleh Prof Rosnah Zain pada tahun 1997 menunjukkan masyarakat Sabah dan Sarawak sebagai kekerapan tertinggi kejadian kanser mulut selepas bangsa India.

“Kanser Mulut merupakan kanser ke enam tertinggi di dunia dan negara India merupakan penyumbang kes paling tinggi. Saya percaya masih ramai di kalangan kita yang masih tidak terdedah dengan maklumat berkaitan kanser mulut.

“Menurut Malaysian Oral Cancer Database and Tissue Bank System (MOCDTBS) pula daripada 156 pesakit kes kanser mulut 59.9% mengamalkan tabiat mengunyah pinang, 36.1% merokok dan 35.9% alkohol,” katanya. Amisah berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Kanser Mulut Sabah dan Borneo Run 2017 bertemakan “Beat It Together” yang diadakan di sini baru-baru ini.

Justeru itu, beliau berharap penganjuran julung kali program itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Pergigian Sabah, Dr Lawrence Mah Hon Kheong, President Elect Malaysian Dentists Association, Dr Leong Kei Joe, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pergigian, Dr Zaiton Hj Tahir dan wakil-wakil agensi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse