Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 BM

JAPEN Labuan perkasakan Inovasi bagi menambah baik penyampaian maklumat

7th December, 2017

LABUAN: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Wilayah Persekutuan Labuan akan memperkasakan Inovasi bagi menambah baik sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat yang memerlukan maklumat yang tepat dan telus.

Pengarahnya, Azman Sipan berkata, sejajar dengan hasrat itu, beliau menyeru seluruh kakitangan di jabatan ini terus membudayakan inovasi sabagai salah satu teras dalam menambah baik sistem penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat.

“Kita harus sedar inovasi kini bukan sekadar kunci kejayaan sesebuah organisasi bahkan ia menjadi suatu anjakan paradigma kepada perubahan yang membawa kemajuan sesebuah organisasi malahan membawa kepada kejayaan sesebuah negara” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Inovasi dan Apresiasi Media JAPEN Labuan di salah sebuah restoran, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, Pengurus Pos Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Raish Saleho, Pegawai Kanan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Izuandi Jaludin, Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin, Ketua Biro Bernama Labuan, Jailani Hassan dan Timbalan Pngerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Ramlen Salleh.

Azman berkata, pembudayaan inovasi dalam sektor awam bukan saja dapat memberi manfaat dari segi nilai tambah kepada sistem penyampaian sektor awam kepada rakyat tetapi juga kecekapan dan kualiti sesuatu perkhidmatan dapat dipertingkatkan.

Katanya, melalui idea-idea kreatif dan inovatif, warga JAPEN Labuan mampu bergerak ke hadapan dan seterusnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian JAPEN Labuan sebagai sumber maklumat kerajaan kepada masyarakat, kata Azman lagi.

Pada majlis yang sama, Azman memuji para pengamal media di Labuan yang telah banyak memberi sokongan khususnya memberi liputan media kepada aktiviti-aktiviti JAPEN sepanjang tahun ini.

Beliau optimis majlis apresiasi Media yang diadakan mampu menjadi platform bagi menghargai jasa para pengamal media di Labuan ini.

Antara agensi media yang hadir adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Labuan, Bernama, New Sabah Times, See Hua Daily, Oversea Chinese Daily News serta Asia Times. -OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse