Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Unique seafood ‘siew mai’ at Dragon Palace |  Daunting task awaits Rhinos |  Kaspersky attempting Malaysian record |  Priceworth nine-month net profit up 6 times to RM10.3 million |  Sabah hentikan eksport balak sementara waktu, kata Shafie |  K’jaan tidak akan naikkan harga petrol buat masa ini: PM |  Gaji jemaah menteri dikurangkan 10 peratus |  Shafie halts log exports, industry players rejoice |  Dr Mahathir chairs first cabinet meeting |  Ongkili: Constitutional crisis if Warisan govt continues |  Shafie had no fear of repercussion advising Najib over 1MDB |  Cabinet agrees search for MH370 to end May 29 |  5 govt-linked agencies disbanded |  Cabinet ministers take 10 per cent pay cut |  pogoduhan momuwalai id koiyonon obinliyudan | 
 BM

10 premis diberi amaran gagal pamer senarai harga

7th December, 2017

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU : Sebanyak 10 premis di sekitar Pasar Awam di sini, telah diberi amaran oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Lahad Datu, ekoran gagal mempamerkan senarai harga pada barangan yang dipamer untuk jualan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Daerah ini, Rino hisham Abu Bakar berkata, amaran tersebut dikeluarkan selepas pihaknya mengesan terdapat peniaga yang masih ingkar dan tidak mematuhi etika perniagaan yang telah ditetapkan kementerian itu.

“Para peniaga dinasihatkan agar menjaga etika ketika berniaga seperti meletakkan tanda harga dengan jelas pada barangan yang dijual, alat timbang yang tepat serta ditentusahkan dan memiliki lesen untuk menjual barang kawalan seperti Gula, Minyak Masak dan Tepung Gandum (GMT),” katanya sewaktu dihubungi, kelmarin.

Kelmarin, satu Operasi Bersepadu (OB) ESSCCOM yang disertai oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa dari KPDNKK serta Majlis Daerah Lahad Datu dan Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Lahad Datu yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am serta Angkatan Tentera Malaysia telah diadakan di sekitar Pasar Awam Lahad Datu.

Menurut Rino, fokus operasi pada kali ini adalah untuk membanteras penjualan VCD cetak rompak, penguatkuasaan tanda harga dan alat timbangan serta aduan berkaitan penjualan minyak masak paket 1kg yang melebihi harga biasa.

Jelasnya, dalam operasi yang dilaksanakan bermula dari pukul 9 pagi hingga 11.15 pagi itu sebanyak 70 premis telah diperiksa, namun dari hasil tinjauan, hanya 10 premis sahaja yang telah diberikan amaran kerana kegagalan meletakkan tanda harga dengan jelas pada barangan yang dijual.

Sementara itu katanya, sepanjang operasi itu juga, pihaknya turut menerima aduan pengguna berkaitan pemulangan wang baki belanja terutama 5sen dan memberi barang nilai seperti gula-gula untuk menggantikan baki tersebut.

“Memang tiada peruntukkan seperti itu, jadi kita berharap agar para peniaga tidak mengambil kesempatan kepada pengguna,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya lagi, pihaknya akan melakukan penguatkuasaan bestari dan berhemah bagi menimbulkan kesedaran peniaga berkenaan kepentingan berniaga secara beretika disamping membendung penjualan barang kawalan yang melebihi harga yang telah ditetapkan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse