Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

Penunggang motosikal maut rempoh Range Rover

7th December, 2017

LABUAN: Seorang lelaki tempatan maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah Range Rover yang sedang berhenti di tepi Jalan Tun Mustapha, Kampung Batu Arang, dekat sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.36 pagi itu, Ramli Samli, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, ACP Adzhar Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta pacuan empat roda jenis Range Rover yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun memberhentikan kenderaannya di tepi kiri jalan kerana mendapati salah satu tayar bahagian hadapan mengalami kerosakan (pancit).

“Ketika pemandu kenderaan itu hendak keluar dari kenderaannya, tiba tiba sebuah motosikal yang datang dari arah yang sama merempuh pintu kenderaan yang sedang di buka oleh pemandu menyebabkan penunggang motosikal itu tercampak ke jalan raya. Mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini kelmarin.

Adzhar berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Labuan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse