Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Komulakan om Puteri Umno B’fort monokodung kopomuruanan di Lajim |  Timpu kavavagu montok do gugumaga monuidong polinta ‘mogunsamang’: Abdullah |  Mogiigizon pokionuon poposoguhu koumohigan |  Puu Umno pokionuon sumokodung di Najib sabaagi Polosiden Umno |  Tina Turner opens 36-date North American tour |  Chevrolet Orlando |  Susan Meiselas Spotlight on photographer known for Latin America work |  No more late shows for Barca |  Blackburn likely to face Tevez-Berba partnership |  U-16 squad confident of quarter-final berth |  Fergie reassures Capello on Rooney’s availability |  Injury crisis rocks Blues |  Cambodian soldier hurt in gunfight with Thais |  US nuclear envoy wraps up talks with North Korea |  UN seeks new fight against Somali pirates | 
 BM

195 warga asing ditahan dalam Ops Nyah di Lahad Datu

23rd July, 2008

LAHAD DATU: Seramai 195 warga asing ditahan dalam Operasi Nyah II Bersepadu yang dijalankan di Kampung Air dan sekitar bandar ini kelmarin.

Ketua Polis Lahad Datu, Supt Kamis Daming berkata mereka terdiri daripada rakyat Filipina dan Indonesia yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau memiliki dokumen diri yang diragui kesahihannya.

“Warga asing itu yang terdiri daripada 107 lelaki dan 88 wanita akan menjalani proses dokumentasi untuk mengenal pasti mereka yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Kamis berkata seramai 1,000 orang diperiksa dalam operasi itu yang bermula 5 pagi hingga 12 tengah hari ini, membabitkan 98 anggota polis, Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Ketua Menteri dan Rela.

Katanya operasi tersebut adalah operasi rutin yang dijalankan untuk menangkap warga asing yang tinggal secara haram di negara ini.

Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung penempatan yang didiami PATI bagi membolehkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline