Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Commercial_banner
Polinta natagan monoodo ponoizukan tosoihi montok papantantu kavo tanom di kosudong |  RM411 lizong nabalanja montok kapanaakan lotilik id habus kakadazan, ka di Kurup |  Au dati koinsiibo gatang vagas: Mustapa |  Mackenzie Phillips arrested at LA airport |  Forget Tori! Luke Perry is 90210’s most wanted |  Hilary Duff’s dad saddled with jail time, birthday bill |  Fergie may field solid line-up for Super Cup |  Vijay returns to Malaysia after seven-year absence |  ‘Support our Beijing-bound paralympians’ |  Musa: Govt emphasises on sports development |  Kitchen Darters 2nd at M’sian Open |  Japan to extend Afghan mission despite slaying |  Samak vows to end rallies without force |  Asian alliance ditches Moscow |  Violence spreads across Pakistan border belt | 
 BM

Sabah sara diri daging lembu, kambing tahun 2011

23rd July, 2008

KOTA KINABALU: Datuk Yahya Hussin yakin pada Tahun 2011 negeri ini mampu mencapai taraf sara diri bagi pengeluaran hasil daging ternakan se-perti kambing dan lembu untuk pasaran tempatan.

Timbalan Ketua Menteri itu juga yakin bermula tahun berkenaan kerajaan mula mengurangkan kos perbelanjaan import bahan makanan berasaskan daging dan tenusu khususnya dari Australia dan New Zealand yang mencecah berbilion ringgit setahun.

“Kita juga berusaha untuk muncul negeri pengeluaran daging dan tenusu bagi lembu dan kambing untuk eksport,” ka-tanya.

Beliau berkata kepada pemberita se-lepas lawatan kerja di Projek Ternakan Kambing Jambo Mengatal, kelmarin.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Haji Awang Sahak Ag Salleh.

Yahya yang juga Menteri Perikanan dan Industri Makanan berkata, memandangkan prestasi pengeluaran benih dan baka kambing di seluruh negeri semakin meningkat, keupayaan industri berkenaan untuk me-menuhi permintaan daging dan tenusu bagi pasaran tempatan adalah tinggi.

Menurutnya, setakat ini jumlah kelahiran baka anak kambing dan lembu di la-dang projek seluruh negeri mencapai lebih 2,000 ekor sebulan.

Sebagai contoh katanya Projek Ladang Kambing Jambo, Menggatal sahaja mampu mengeluarkan lebih 40 ekor anak kambing sebulan.

“Ladang ini adalah contoh ternakan hasil anak kambing yang berjaya di bawah kawal selia JHPT,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin industri ternakan tempatan bukan sahaja perlu terus berkembang, malah mampu melahirkan penternak yang berjaya dan maju.

Beliau menaruh keyakinan yang tinggi terhadap JPHT untuk memastikan industri ternakan di negeri ini terus mencapai matlamatanya pada tiga tahun akan datang.

Sebelum itu, Yahya yang melawat ladang ternakan dan pembenihan itik di Kiansom berkata projek ternakan itik perlu mencontohi projek ternakan ayam yang kini mampu memberi pulangan kepada ha-sil negeri.

Katanya, sejak beberapa tahun lalu industri ternakan ayam bukan sahaja menghasilkan tahap sara diri yang tinggi kepada penternak serta memenuhikeperluan tempatan, tetapi hasil telur dieksport termasuk Brunei dan Semenanjung.

“Kerajaan akan memastikan semua projek ternakan ini menghasilkan pulangan bukan sahaja kepada penternak tetapi me-reka dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan membeli bahan makanan dari luar negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pengharaman eksport ikan bernilai tinggi yang hanya terdapat di perairan negeri ini perlu kerana ia melindungi khazanah negeri daripada dieksploitasi oleh negara luar.

Menurutnya, memandangkan ikan ber-kenaan terdapat di negeri ini, semua berkaitan pelaksanaan projek dan kajian berkaitan ikan bernilai tinggi berkenaan perlu dilakukan di negeri ini.

“Kita akan kenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalah guna permit eksport mereka,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline