Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Commercial_banner
Oginsi kopolintaan Sabah pinokianu momit kinahantazan do SCC |  Pongindopuan kigatang RM200,000 montok pamaganti di nakahaid |  Miingat-ingat monoodo di tasabi: Ahmad Shabery |  We live in different worlds |  Being the successful other woman |  Love at first or second sight |  Rocker Bon Jovi hosts Obama fundraiser |  Man gets prison for crime at Dunst’s NYC hotel |  Shearer rules himself out of Newcastle job |  Hamilton secures pole position |  IPC chief Craven eyes totally clean Games |  Capello wants club managers’ respect |  Paralympic Games begin |  Talks on US-India nuke deal in disarray |  Bhutto widower wins thumping majority | 
 BM

MPT akan roboh struktur tambahan di Medan Sabindo

23rd July, 2008

TAWAU: Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan tetap merobohkan struktur-struktur tambahan yang dilakukan para peniaga di gerai-gerai Medan Selera Sabindo di sini, bagi memastikan parit di kawasan itu tidak tertutup sekaligus menjadikan ia sarang tikus.

Presiden MPT Haji Salsidu Haji Ibrahim berkata, bagaimanapun kerja-kerja perobohan itu hanya melibatkan di bahagian belakang gerai sementara di bahagian hadapan, pihaknya akan menetapkan reka bentuk seragam yang perlu dipatuhi para peniaga terlibat.

“Apabila kita sudah buat dengan standard drawing, kita akan caj mereka dengan kadar biasa,” katanya.

Berkenaan gerai-gerai makan bersebelahan Pasaraya Milimewa Pasar yang sebelum ini mahu dirobohkan pula, beliau menjelaskan para peniaga terbabit diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk memohon berpindah ke Pasar Tanjung Tawau.

Setelah itu ujarnya, gerai-gerai sementara mereka akan dirobohkan dan tapak itu pula akan dijadikan kawasan letak kereta, jika ia dipersetujui oleh pemilik tapak iaitu Jabatan Pelabuhan Tawau.

Notis perobohan berkenaan jelasnya telah pun dikeluarkan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Salsidu memberitahu pihaknya akan tetap melaksanakan kerja berlandaskan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan, walaupun ada pihak yang sering membidas tindakan MPT terutamanya pihak pembangkang.

“Kamu kata Tawau kotor. Kamu cakap Tawau taman tikus. Bila kita buat kena pada tempat itu, dia pula kata tidak ada perikemanusiaan. Jadi di mana garis kemanusiaan?”.

“Kita menjalankan kerja mengikut dasar atau mereka yang melanggar dasar?... Jangan kita ditakut-takutkan oleh pembangkang. Kita buat kerja kita, bukan soal politik. Saya tidak boleh ditakutkan dengan benda-benda begini,” katanya lagi.

Dalam hal sama, Salsidu menegaskan beliau akan tetap melaksanakan segala tindakan atau kerjanya sebagai seorang kakitangan kerajaan dan berlandaskan dasar-dasar kerajaan, walaupun tindakannya sering dijadikan isu oleh pihak pembangkang.

Isu perobohan struktur tambahan gerai-gerai di Medan Selera Sabindo dan gerai-gerai bersebelahan Milimewa Pasar di sini merupakan antara isu yang hangat akir-akhir ini, khasnya apabila ia disuarakan oleh Wakil Rakyat DAP Sri Tanjung Jimmy Wong.

Jimmy dalam kenyataannya sebelum ini meminta supaya pihak MPT memberi pertimbangan yang sewajarnya memandangkan perobohan yang bakal dilakukan akan memberi kesan kepada sumber ekonomi para peniaga yang terlibat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline