Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Komulakan om Puteri Umno B’fort monokodung kopomuruanan di Lajim |  Timpu kavavagu montok do gugumaga monuidong polinta ‘mogunsamang’: Abdullah |  Mogiigizon pokionuon poposoguhu koumohigan |  Puu Umno pokionuon sumokodung di Najib sabaagi Polosiden Umno |  Tina Turner opens 36-date North American tour |  Chevrolet Orlando |  Susan Meiselas Spotlight on photographer known for Latin America work |  No more late shows for Barca |  Blackburn likely to face Tevez-Berba partnership |  U-16 squad confident of quarter-final berth |  Fergie reassures Capello on Rooney’s availability |  Injury crisis rocks Blues |  Cambodian soldier hurt in gunfight with Thais |  US nuclear envoy wraps up talks with North Korea |  UN seeks new fight against Somali pirates | 
 BM

Jabatan Penjara adakan jualan tahunan kerja tangan banduan

22nd July, 2008

KOTA KINABALU: Jabatan Penjara akan mengadakan jualan tahunan produk kerja tangan banduan yang sedang menjalani hukuman.

Objektif penjualan hasil kerja tangan itu bertujuan menerangkan misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia dalam memulih-kan banduan melalui latihan dan kemahiran vokasional yang dijalankan di semua institusi penjara.

Pengarah Penjara Sabah Mohd Sabri Bin Yaacob berkata dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Penjara Pusat Kota Kinabalu di Kepayan kelmarin.

“Penjualan hasil kerja tangan ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada ke-mahiran yang ada pada setiap banduan, menjelaskan kepada masyarakat bahawa banduan juga mampu memberi input yang terbaik kepada masyarakat dan negara,” kata Sabri.

Beliau berkata pada tahun ini Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan pungutan dari hasil jualan kerja tangan seluruh negara sebanyak RM10 juta.

“Jabatan Penjara Sabah mensasarkan pungutan hasil jualan kerja tangan dari penjara seluruh negeri tahun ini sebanyak RM80 ribu,” kata beliau.

Sebanyak 40 pelbagai jenis kerja tangan hasil banduan Penjara Pusat Kota Kinabalu lelaki dan wanita yang diperbuat dari besi, kayu dan akan dpamerkan di galeri penjara dan Wisma Merdeka dari 28 Julai hingga 4 Ogos.

Selain Penjara Pusat, institusi penjara yang terlibat dalam penjualan hasil kerja tangan termasuk Penjara Tawau, Sandakan, dan Sekolah Henry Gurney Keningau.

“Penjara Sandakan akan mengadakan penjualan produk kerja tangan dari 23 hingga 31 Ogos manakala Penjara Tawau dijangka akan mengadakan penjualan selepas Hari Raya Puasa,” tambah Sabri.

Beliau berkata mereka telah menghebahkan majlis penjualan kerja tangan pada umum melalui radio, publisiti dari pihak media, menghantar surat-surat jemputan kepada lebih 100 jabatan kerajaan.

“Selain itu kami juga telah mengedarkan sebanyak 3,000 pamplet taman perumahan di Lok Kawi, Melinsung Summer Bay dan perumahan kerajaan dan memasang banner di beberapa lampu isyarat di kawasan bandar raya hingga ke bulatan Jalan Papar,” beliau berkata.

Menjawab soalan, Sabri berkata orang ramai boleh menempah pelbagai produk kerja tangan di Penjara Pusat Kota Kinabalu selain dari membeli produk yang telah siap dihasilkan.

“Kami mengalu-alukan orang ramai datang ke galeri jualan kerja tangan di Wisma Merdeka dari jam 9 pagi hingga 10 malam,” kata Sabri.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline