Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Komulakan om Puteri Umno B’fort monokodung kopomuruanan di Lajim |  Timpu kavavagu montok do gugumaga monuidong polinta ‘mogunsamang’: Abdullah |  Mogiigizon pokionuon poposoguhu koumohigan |  Puu Umno pokionuon sumokodung di Najib sabaagi Polosiden Umno |  Tina Turner opens 36-date North American tour |  Chevrolet Orlando |  Susan Meiselas Spotlight on photographer known for Latin America work |  No more late shows for Barca |  Blackburn likely to face Tevez-Berba partnership |  U-16 squad confident of quarter-final berth |  Fergie reassures Capello on Rooney’s availability |  Injury crisis rocks Blues |  Cambodian soldier hurt in gunfight with Thais |  US nuclear envoy wraps up talks with North Korea |  UN seeks new fight against Somali pirates | 
 BM

Jangan paksa ketua cawangan: Sapawi

22nd July, 2008

LUAGAN (Beaufort): “Jangan ada unsur paksaan kepada ketua cawangan dalam memutuskan pencalonan.”

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata, semua cawangan harus diberi kebebasan untuk membuat keputusan selaras dengan amalan demo-krasi parti.

Beliau berkata cawangan Umno berhak membuat keputusan dalam memilih an-ggota yang menawarkan diri.

“Tiada sekatan atau paksaan, cawangan Umno mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan,” katanya ketika merasmikan mesyuarat cawangan Umno ber-kelompok bagi Zon Padas Valley di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Setiausaha Umno Sipitang Awang Rakawi Awang Said, Ketua Zon Umno Padas Valley Aminah Ghafar dan Ketua Daerah Mengundi Padas Valley Jalip Sabli

Sapawi juga memberitahu, sekatan atau paksaan bukanlah amalan yang digunakan oleh parti tetapi ia digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri.

Katanya, pihak yang membuat paksaan sebenarnya bukan anggota yang ikhlas terhadap perjuangan parti tetapi mementingkan diri sendiri.

“Cawangan bebas membuat pilihan dan anggota yang dipilih itu pula yang akan menentukan sama ada mahu menerima ataupun menarik diri,” katanya.

Bagaimanapun Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata sesiapa juga yang menjadi pilihan cawangan haruslah mereka yang mengutamakan kepentingan perjuangan parti dan bukan untuk kepentingan diri.

Katanya, semua cawangan harus melihat dari aspek keikhlasan terhadap perjuangan parti “kerana kita mahu pilihan cawangan itu adalah kepada mereka yang dapat membantu memperkuat dan memper-kukuhkan Umno.”

“Mereka juga adalah anggota yang meletakkan perjuangan parti sebagai keutamaan dan bukannya kepentingan diri,” ka-tanya.

Sambil berharap mesyuarat cawangan dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh parti, Sapawi memberitahu kekuatan dan keutuhan Umno sebenarnya terletak kepada anggota yang ikhlas kepada perjuangan parti.

Menurutnya mereka yang meletakkan kepentingan diri, hanya akan menyebabkan perpecahan dan pertelingkahan berlaku di kalangan anggota Umno sendiri.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan perkara seumpama itulah juga yang harus diberi perhatian oleh setiap cawangan Umno.

“Kebebasan untuk membuat pilihan bukan bermakna kita harus mengetepikan soal perjuangan, perkara ini harus diberi-kan perhatian,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline