|
22nd July, 2008
TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, negara me-merlukan petani dan peladang proaktif yang mengamalkan pertanian moden untuk menjamin bukan sahaja bekalan makanan negara cukup tetapi juga keselamatan dan kemakmuran yang kita nikmati akan berkekalan.
Katanya, pembangunan pertanian pada masa yang lampau telah menumpukan kepada peningkatan pengeluaran iaitu pembangunan jenis tanaman itu sendiri, manakala aspek pembangunan penghidupan petani yang terlibat tidak mendapat tekanan yang sewajarnya.
Beliau berkata, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) kerajaan mengambil pendekatan pembangunan yang menyeluruh me-rangkumi aspek kehidupan go-longan petani, alam sekitarnya dan keperluan hidup yang selesa akan diberi keutamaan yang seimbang dengan pembangunan tanaman yang diusahakan.
“Pendekatan pembangunan yang demikian akan mening-katkan lagi semangat dan azam para peladang dan petani untuk menjadi lebih produktif lagi agar kelompok ini dapat me-ningkatkan pendapatan mereka sekaligus keluar dari kelompok kemiskinan,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tambunan kali ke 22 tahun 2008 di dewan masyarakat di sini baru-baru ini.
Teks ucapannya disampai-kan oleh Setiausaha Politik be-liau Welfredoline Jakil.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bnadar dan Adun Tambunan berkata, pe-modenan pertanian adalah seperti pemilihan benih yang bermutu, alat jentera, baja dan racun serangga dan bahan lain.
Katanya, benih-benih yang berkualiti tinggi, tahan serangan penyakit dan makhluk perosak mampu memberikan hasil tuaian yang tinggi.
Untuk menjayakan program itu, katanya, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM89 juta bermula pertengahan tahun ini sehingga 2010 bagi melaksanakan program geran pembelian jentera dalam usaha membantu petani meningkatkan hasil pertanian negara terutamanya beras.
Di bawah skim ini katanya, kerajaan akan membantu para petani membeli jentera kecil seperti pembajak dengan membayar separuh daripada harga jentera berkenaan pada harga maksimum RM10,000.
Timbalan Ketua Menteri itu juga berharap lebih banyak peruntukan dapat disalurkan oleh kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah kepada Pertu-buhan Peladang Kawasan Tam-bunan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan yang banyak dipengaruhi oleh per-untukan yang diterima.
Beliau berkata, para petani masa kini tidak boleh lagi ber-pegang kepada amalan tradisional yang sudah sampai kepada tahap maksima pengeluaran tetapi mereka hendaklah melibatkan diri secara menyeluruh dengan mengusahakan tanah padi secara berkelompok dengan penggunaan jentera, kredit dan pengurusan.
Turut hadir di majlis berkenaan Timbalan Pengarah Pertu-buhan Peladang Sabah, Lahari Lasari, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tambunan, Laiwon Dalus dan Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Salahudin Tahir.
|