Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini |  Golongan wanita perlu berani ceburkan diri dalam dunia usahawan |  Polis Labuan rampas pelbagai mesin judi simulator bernilai RM270,000 |  Jabatan Imigresen usir dua wanita Vietnam |  Remaja ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, tiada lesen |  Dua beradik terselamat dalam kebakaran |  Lebih 5,000 graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-19 |  K'jaan Negeri umum bantuan khas kewangan RM1,500 penjawat awam |  Musa bentang Bajet RM4.1 bilion |  Team Izing dominate Soja Cafe Ranau Open Double Dart Challenge |  Even playing field for Sabah Rhinos hopefuls |  Drunk driver held after slamming car into army camp fence |  Plumber gets 12 years’ jail for raping disabled cousin |  2010 fire victim grateful for new house |  Pan Borneo – Project Delivery Partner questionable | 
 BM

K'jaan tidak teragak-agak ambil tindakan terhadap pemimpin tidak setia

15th November, 2017

KENINGAU: Kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan kepada pemimpin akar umbi yang terlibat menentang kerajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata, Pemimpin akar umbi seperti Ketua Daerah (OKK), Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Masyarakat Cina (KMC), Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung (JKKK) yang terlibat dengan masalah tersebut diingatkan untuk kekal setia kepada kerajaan bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan.

“Setakat ini jawatan yang tinggi-tinggi tiada yang terlibat akan tetapi mereka yang ada terlibat adalah beberapa orang di peringkat JKKK termasuklah di kawasan Pedalaman ini.

“Pengerusi JKKK ini ada elaun dari kerajaan, apabila mereka tidak buat kerja dengan betul, dia tiada pilihan lain dia kena berhenti atau dikenakan tindakan.

“Tiada guna kerajaan melantik mereka jika mereka menentang dasar dan aspirasi kerajaan, kita mahu negara aman dan makmur dan mereka yang bertanggungjawab adalah pemimpin akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Walkabout di Dewan Masyarakat Keningau, di sini pada Selasa.

Tambahnya, beliau juga memohon kepada JPN agar memberi kelonggaran kepada negeri Sabah berkaitan adat istiadat kahwin di bawah umur 18 tahun kepada umur 16 tahun kerana bercanggah dengan adat suku kaum yang ada di Sabah yang membolehkan mereka berkahwin pada usia di bawah umur 18 tahun.

“Adat kahwin suku kaum di Sabah ada yang tidak mengira umur.. akan tetapi apabila sampai di hospital, hospital tidak menerima semua ini, jadi kita bergantung kepada JPN untuk menentukan dan melonggarkan terutamanya di Sabah. Kalau boleh adat mereka kita jangan ganggu… kalau kira betul sekarang 16 tahun pun boleh kahwin sudah,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengarah JPN Negeri Sabah, Adrian Allan Richard dan Pegawai Daerah Keningau, Haji Yusop Haji Osman. OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse