Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ponuu muvung id Esszone noputan gisom ko 30tv Kotuu |  Tudon kotundaan id siibo JPNIN soihion mahik |  PONOIHIAN MONTOK MONGUKAB MAHIK KOTINANAN PAAI SABAH |  Hampir 1.3 juta penduduk M'sia pembawa talasemia |  Kerajaan cari mekanisma terbaik selesai isu rumah setinggan: Jaujan |  Dakwaan kerajaan beri kewarganegaraan kepada PATI tidak benar: Peter |  JPNIN Labuan catat rekod Kolupis terpanjang di Malaysia |  Mohamad Ariff akan dilantik Speaker Dewan Rakyat: Tun M |  Lembaga Padi Sabah mungkin diwujud semula |  ‘You cannot say I’m 39!’ |  Three Sabahans among 12 for World Squash Championship |  Keningau’s SK Tuarid Taud, Limbang’s SMK Medamit grab top awards |  2,850 turtle eggs seized by marine police |  Squatter problem: Comprehensive approach to be used |  State mulling revival of Padi Board | 
 BM

Medan Selera Pasar Sentral menang Anugerah Keselamatan Makanan 2017

15th November, 2017

LABUAN: Medan Selera Pasar Sentral Wilayah Persekutuan Labuan dinobat johan kategori A bagi Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat 2017 pada Majlis Anugerah Keselamatan Makanan 2017 yang diadakan di pentas terbuka dataran Anggerik, Ujana Kewangan pada Isnin.

Medan Selera Pasar Sental yang sebelum ini mendapat tempat ketiga Anugerah Medan Selera Bersih dan Sihat peringkat Wilayah Persekutuan, menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta plak dan sijil penghargaan.

Naib johan dimenangi oleh Medan Selera Durian Tunjong apabila membawan hadiah wang tunai RM750.00 berserta plak dan sijil penghargaan.

Sementara itu, Kantin SMK Pantai IB Worl School muncul johan Anugerah Kantin Sekolah Bersih 2017 kategori sekolah menengah manakala naib johan dimenangi oleh Kantin SMK Lajau dan tempat ketiga kantin SMK Labuan. Bagi kategori sekolah rendah, SK Bebuloh muncul johan kantin bersih diikuti tempat kedua SK Pekan Dua dan tempat ketiga jatuh kepada SK Rancha-Rancha.

Turut diberi penghargaan pada majlis itu ialah tiga kilang makanan yang telah mendapat persijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) masing-masing kepada Chin Wui Trading, Yung Kwong Mee dan Kway Teow Trading serta MM Lian Soon Noodles Factory menjadikan jumlah keseluruhan kilang yang telah mendapat MeSTI sebanyak 31 buah kilang.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias. Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Dr Sunmuglvidu Elumalai dan Penolong Pengarah Kanan Perbandaran Perbadanan Labuan Sharulizam Sapar.

Dr Ismuni ketika ditemui pada majlis itu berkata, Majlis Anugerah Keselamatan Makanan 2017 bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pengusaha gerai makan dan kantin sekolah yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, bagi anugerah persijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pengusaha kilang makanan yang telah mendapat MeSTI.

Katanya, MeSTI adalah satu Skim di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PKS) bagi memenuhi keperluan yang diperuntukan di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009. -OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse