Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini |  Golongan wanita perlu berani ceburkan diri dalam dunia usahawan |  Polis Labuan rampas pelbagai mesin judi simulator bernilai RM270,000 |  Jabatan Imigresen usir dua wanita Vietnam |  Remaja ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, tiada lesen |  Dua beradik terselamat dalam kebakaran |  Lebih 5,000 graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-19 |  K'jaan Negeri umum bantuan khas kewangan RM1,500 penjawat awam |  Musa bentang Bajet RM4.1 bilion |  Team Izing dominate Soja Cafe Ranau Open Double Dart Challenge |  Even playing field for Sabah Rhinos hopefuls |  Drunk driver held after slamming car into army camp fence |  Plumber gets 12 years’ jail for raping disabled cousin |  2010 fire victim grateful for new house |  Pan Borneo – Project Delivery Partner questionable | 
 BM

Penagih akui bertindak agresif di bawah pengaruh dadah

15th November, 2017

KENINGAU: Sering bertindak agresif dan juga memukul isteri dan anak merupakan antara budaya yang sering dilakukan oleh seorang suspek yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Keningau kerana disyaki sebagai penagih dadah.

Pegawai AADK Keningau Azry Golbin @ Azmi berkata, suspek lelaki yang berumur 28 tahun itu mengakui sering hilang kawalan dengan memarahi dan memukul isteri tanpa sebab secara kerap apabila berada di bawah pengaruh dadah.

Katanya, individu berkenaan adalah antara empat yang ditahan semasa Operasi Cegah yang dijalankan disebuah kampung di daerah ini pada lewat malam Isnin.

“Daripada empat suspek berumur antara 19-28 tahun yang ditahan dalam operasi itu seorang daripadanya adalah wanita,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Azry memberitahu, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Katanya, operasi yang diketuai oleh beliau sendiri itu adalah hasil dari maklumat dan risikan yang telah dibuat selama seminggu di lokasi serbuan berkenaan.

Sehubungan dengan kejadian ini, Azry turut menasihatkan agar orang awam dan pihak keluarga sentiasa peka terhadap perubahan tingkahlaku anggota keluarga masing-masing sebelum keadaan semakin teruk dan mengancam ahli keluarga dan komuniti yang lain.

Jelasnya, sebarang aduan berkaitan aktiviti penagihan dadah haruslah segera melaporkan kepada pihak AADK untuk tindakan perundangan selanjutnya di talian 087-339886 atau hotline 0135459998.-OLEH MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print
   
 
 
E-browse