Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Fiesta Sehati RTM berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini |  Hamidah Juara Pertandingan Akhir Radio Ok SandakanFm |  MQuit Masjid, program khas galak imam dan qariah bebas rokok |  Program Geografi UMS laksana CSR di Tamparuli |  Lelaki maut tertembak ketika memburu di ladang |  Kempen kesedaran merokok rangsang pengurangan perokok muda: Ismail |  Guru maut pertembungan dua kereta pacuan empat roda |  Pegawai Jabatan Air Negeri Sabah dibicara serentak |  Malam Santai Karyawan Seni berjaya himpun karyawan aktif |  MKN Sabah hantar balik 3,036 PATI sejak Januari |  Sabah sudah terima RM3.87b pelan pusingan ketiga RMK11 |  Jelius tinkers on winning strategy |  NCID seize 660gm syabu, two suspects arrested |  Water Dept scandal – March 20 decision on revisions |  One in five M’sians still lights up | 
 BM

Rozman terima Pingat Perkhidmatan Gemilang Pengakap

15th November, 2017

LABUAN : Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli bersama Yang Di Pertua Majlis Pengakap Negeri, Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman menerima Pingat Perkhidmatan Gemilang Persekutuan Pengakap Malaysia 2017.

Majlis yang diadakan penuh adat istiadat itu di sempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh sempena Majlis Pentauliahan Dan Lafaz Ikrar Taat Setia serta Pengurnian Bintang Kebesaran Pingat dan Sijil PPM 2017, di kediaman rasmi Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman, Kampung Gersik, dekat sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Satu, Han Siew Kwong menerima Bintang Semangat Rimba (Perak).

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Mohd Irfan Sim Abdullah dan Alfhian Jeffri Chin dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Pengakap Malaysia.

Manakala dua lagi Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri, Datin Sri Norsiah Abdullah dan Rosni Mohd Daut di anugerahkan Pingat Perkhidmtan Setia.

Majlis itu juga turut menyampaikan Sijil Kepujian Pengakap Negara kepada 13 pemimpin pengakap yang aktif pringkat sekolah rendah dan menengah.

Sementara itu, Rozman yang juga Penaung Majlis Pengakap Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan ketika berucap pada majlis itu merakamkan ucapan penghargaan kepada kepimpinan tertnggi Persekutuan Pengakap Negeri, kerana sentiasa mengadakan program membantu golongan yang memerlukan.

Terdahulu, Dr Shafie ketika berucap mahu Majlis Pengakap Negeri terus memainkan peranan dalam membantu masyarakat disamping menanam nilai-nilai murni kepada pemimpin khususnya yang masih berada di sekolah. “Kita mahu para pemimpin Pengakap Negeri dapat melahirkan pemimpin pengakap di peringkat sekolah yang mempunyai jati diri serta dapat menjadi modal insan yang cemerlang,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, isteri Dr Shafie, Datin Sri Prof Emeritus Dr Hajah Mizan Adilah Ahmad Ibrahim, Penolong Ketua Pengakap Negara, Haji Nasaruddin Shamsuddin, Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Hong Heng Chee, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin dan Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Dayang Rahimah Pg Hassan.

Selain itu, Dr Shafie bersama Dato’ Sri Mohd Alias turut menjayakan Projek Komuniti Pengakap bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik di Kampung Patau-Patau.

Sempena dengan lawatan kerja dua hari ke Labuan, Dr Shafie turut menghadiri Majlis Hari Peringatan Mangsa Perang Dunia Ke Dua (Remembrance Day) di Tugu Peringatan Perang Dunia Ke Dua di Jalan Tanjung Taras, di sini pada Ahad. -Oleh Jainudin Djimin

   
Email Print
   
 
 
E-browse