Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini |  Golongan wanita perlu berani ceburkan diri dalam dunia usahawan |  Polis Labuan rampas pelbagai mesin judi simulator bernilai RM270,000 |  Jabatan Imigresen usir dua wanita Vietnam |  Remaja ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, tiada lesen |  Dua beradik terselamat dalam kebakaran |  Lebih 5,000 graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-19 |  K'jaan Negeri umum bantuan khas kewangan RM1,500 penjawat awam |  Musa bentang Bajet RM4.1 bilion |  Team Izing dominate Soja Cafe Ranau Open Double Dart Challenge |  Even playing field for Sabah Rhinos hopefuls |  Drunk driver held after slamming car into army camp fence |  Plumber gets 12 years’ jail for raping disabled cousin |  2010 fire victim grateful for new house |  Pan Borneo – Project Delivery Partner questionable | 
 BM

Kebolehpasaran graduan UiTM, ketiga terbaik di M’sia

151117-lead-3
SAMPAIKAN SKROL IJAZAH ... Safri menyampaikan skrol ijazah kepada graduan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah.

15th November, 2017

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Kebolehpasaran graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini berada di kedudukan ketiga terbaik di Malaysia dan antara 500 terbaik di dunia, kata Pro-Canselor UiTM Tan Sri Safri Awang Zaidell.

Beliau berkata ini terbukti apabila Laporan Penarafan Kebolehpasaran Graduan Dunia QS bagi tahun 2018, meletakkan kebolehpasaran graduan UiTM dalam pengiktirafan di antara 500 terbaik di dunia dan ketiga terbaik di Malaysia.

“Kedudukan ini menunjukkan kualiti graduan yang dikeluarkan oleh universiti ini berada di tahap yang baik dan membanggakan.

“Ini membuktikan, graduan UiTM amat dinanti-nantikan oleh para majikan kerana memiliki keunikan dari segi kemahiran dan ketrampilan diri, yang berbeza daripada graduan institusi pendidikan tinggi yang lain.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua graduan supaya terus menjaga nama baik UiTM apabila berada di alam pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah, di Dewan Al- Bukhari UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Mengenai kecemerlangan yang dicapai oleh UiTM, Safri berkata berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings, kedudukan UiTM ditangga ke- 158 terbaik di benua Asia bagi tahun 2018.

“Dengan kedudukan bagi tahun 2018 seperti yang dilaporkan, UiTM telah melonjak 23 anak tangga daripada kedudukan ke-181 bagi tahun 2017.

“Penarafan yang dinilai daripada pelbagai aspek ini turut menjadikan UiTM sebagai universiti di antara 1.3 peratus terbaik daripada kira-kira 11,900 universiti di seluruh Asia,” katanya.

Safri berkata ia juga merupakan pencapaian yang amat membanggakan untuk UiTM khasnya dan Malaysia amnya serta membuktikan universiti itu terus konsisten dalam menunjukkan peningkatan kedudukan di peringkat Asia dan dunia.

Beliau berkata sehingga tahun 2017, UiTM menyumbang lebih 700,000 graduan dan alumni yang mencurahkan kepakaran dalam pelbagai bidang cabang kerjaya di negara ini.

Pada majlis itu seramai 700 graduan dari Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi masing-masing menerima diploma dan ijazah sarjana muda masing-masing.

Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Sabah Prof Madya Datuk Dr.Haji Abdul Kadir Hj. Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof. Datuk Dr. Jamil Hj.Hamali, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik Prof. Madya Jasman Jaafar, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar Haji Sheikh Junaidi Sheikh Mohammad dan Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni Dr. Rozita @ Uji Mohammed.

   
Email Print
   
 
 
E-browse