Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ponuu muvung id Esszone noputan gisom ko 30tv Kotuu |  Tudon kotundaan id siibo JPNIN soihion mahik |  PONOIHIAN MONTOK MONGUKAB MAHIK KOTINANAN PAAI SABAH |  Hampir 1.3 juta penduduk M'sia pembawa talasemia |  Kerajaan cari mekanisma terbaik selesai isu rumah setinggan: Jaujan |  Dakwaan kerajaan beri kewarganegaraan kepada PATI tidak benar: Peter |  JPNIN Labuan catat rekod Kolupis terpanjang di Malaysia |  Mohamad Ariff akan dilantik Speaker Dewan Rakyat: Tun M |  Lembaga Padi Sabah mungkin diwujud semula |  ‘You cannot say I’m 39!’ |  Three Sabahans among 12 for World Squash Championship |  Keningau’s SK Tuarid Taud, Limbang’s SMK Medamit grab top awards |  2,850 turtle eggs seized by marine police |  Squatter problem: Comprehensive approach to be used |  State mulling revival of Padi Board | 
 BM

700 graduan UiTM Cawangan Sabah terima diploma dan ijazah sarjana muda

Shermaine14
SHERMAINE Kristy bersama ibu bapanya.

15th November, 2017

KOTA KINABALU: Seramai 700 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah masing-masing menerima diploma dan ijazah sarjana muda pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-87, di Dewan Al-Bukhari UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Daripada jumlah itu seramai 280 graduan ijazah sarjana muda dan 420 graduan diploma dalam pelbagai bidang pengajian iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Hotel dan Pelancongan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi.

Pengisytiharan pembukaan dan penutupan istiadat serta penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pro-Canselor UiTM Tan Sri Haji Safri Awang Zaidell.

Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Sabah Prof.Madya Datuk Dr Haji Abdul Kadir Haji Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof Dato’ Jamil Haji Hamali dan pengurusan tertinggi universiti.

Pada majlis itu empat anugerah diberikan iaitu Anugerah Graduan Terbaik (Sarjana Muda) (Terbaik Keseluruhan), Anugerah Graduan Terbaik (Diploma), Anugerah Khas Rektor (Sarjana Muda) dan Anugerah Khas Rektor (Diploma) Anugerah Graduan Terbaik (Sarjana Muda) (Terbaik Keseluruhan) diberikan kepada Shermaine Kristy Sarus, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Manakala Anugerah Graduan Terbaik (Diploma) diberikan kepada Maya Magdeline Jeffry, graduan Diploma Pengajian Perniagaan, Anugerah Khas Rektor (Sarjana Muda) pula diberikan kepada Nurfitri Harman, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi dan Anugerah Khas Rektor (Diploma) Johnson Jesselton Lee Wee Hao, graduan Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan).

Ketika ditemui pemberita kemudian penerima Anugerah Graduan Terbaik (Sarjana Muda) (Terbaik Keseluruhan) Shermaine Kristy, 24, dari Keningau berkata, dia gembira kerana dapat menggembirakan ibu bapa dan bangga dengan pencapaiannya.

“Saya gembira kerana usaha dan pengorbanan saya selama ini seperti kurang tidur gara-gara menyiapkan tugasan sepanjang lima tahun setengah menghabiskan pengajian diploma sehingga peringkat ijazah dalam Perakaunan akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan saya dan ibu bapa saya,” katanya.

Anak kedua daripada tiga orang adik beradik itu berkata, walaupun ramai orang beranggapan bidang perakaunan sukar mendapat pekerjaan, namun baginya ia bergantung kepada individu itu sendiri.

“Kalau orang itu memilih gaji yang tinggi memang sukar mendapat pekerjaan tetapi kalau mereka sanggup bermula dari bawah, tidak ada masalah dan memang pun semuanya bermula dari bawah … begitu juga dengan gaji … akan naik juga apabila kita sudah lama bekerja,” katanya yang kini bekerja sebagai pembantu audit di sebuah syarikat di bandaraya.

Shermaine Kristy berjaya mendapatkan pekerjaan pada Mac awal tahun ini selepas tiga bulan menamatkan pengajian di UiTM.

“Perancangan seterusnya sambung Master tetapi buat masa ini saya berikan tumpuan kepada pekerjaan,” katanya yang memperolehi keputusan 9A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

Seorang lagi graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) Vegayolin Celorince Robert, 24, berkata, dia amat gembira kerana impiannya untuk memperolehi segulung ijazah akhirnya tercapai.

“Saya berharap dengan pencapaian ini dapat memperbaiki keadaan hidup keluarga,” kata anak bongsu daripada enam orang adik beradik itu.

Vegayolin Celorince gembira kerana berjaya mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan latihan industri. “Saya bekerja sebagai agen pemasaran di sebuah kolej swasta di Kota Kinabalu iaitu tempat saya praktikal,” katanya berhasrat untuk melanjutkan pengajian peringkat master pada masa akan datang. – OLEH MARRYAN RAZAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse