Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Fiesta Sehati RTM berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini |  Hamidah Juara Pertandingan Akhir Radio Ok SandakanFm |  MQuit Masjid, program khas galak imam dan qariah bebas rokok |  Program Geografi UMS laksana CSR di Tamparuli |  Lelaki maut tertembak ketika memburu di ladang |  Kempen kesedaran merokok rangsang pengurangan perokok muda: Ismail |  Guru maut pertembungan dua kereta pacuan empat roda |  Pegawai Jabatan Air Negeri Sabah dibicara serentak |  Malam Santai Karyawan Seni berjaya himpun karyawan aktif |  MKN Sabah hantar balik 3,036 PATI sejak Januari |  Sabah sudah terima RM3.87b pelan pusingan ketiga RMK11 |  Jelius tinkers on winning strategy |  NCID seize 660gm syabu, two suspects arrested |  Water Dept scandal – March 20 decision on revisions |  One in five M’sians still lights up | 
 BM

Teknologi hijau jamin kelangsungan sumber alam

15th November, 2017

KOTA KINABALU: Pengerusi Lembaga Kemajuan Teknologi Lestari (SEDA) Malaysia, Datuk Dr Yee Moh Chai memberitahu bahawa teknologi hijau satu aspek yang menjamin kepada kelangsungan sumber alam.

“Teknologi hijau serta sumber yang boleh diperbaharui adalah mempunyai kepentingan yang besar dalam menjamin kelangsungan hidup,” katanya ketika hadir merasmikan Majlis Penutupan Pameran dan Seminar Tenaga Boleh Diperbaharui dan Teknologi Hijau yang berlangsung di Pasific Sutera Hotel, kelmarin.

Seminar yang pertama kali diadakan di Sabah itu juga turut menonjolkan SEDA sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan sumber alam disamping mengajak masyarakat untuk menghargai sumber tenaga yang ada di sekeliling kita.

Seminar yang berlangsung selama dua hari bermula 13 November lalu turut disokong oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Sebanyak 16 buah kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut dan forum turut berlangsung yang membincangkan topik ‘Peluang dan Pertumbuhan dalam Sumber Boleh Diperbaharui dan Industri Teknologi Hijau di Sabah’ yang dikendalikan oleh Pengerusi Kumpulan Eksekutif MaxEnergy, Datuk Paduka Udani Datuk Seri Mohd Daud.

Turut berlangsung serentak adalah Pameran Seni Teknologi Eko yang mempamerkan hasil lukisan dan seni kreatif hasil daripada bahan kitar semula dan sumber yang boleh diperbaharui. – OLEH NOOR ZAFIRA SHAFIE

   
Email Print
   
 
 
E-browse