Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini |  Golongan wanita perlu berani ceburkan diri dalam dunia usahawan |  Polis Labuan rampas pelbagai mesin judi simulator bernilai RM270,000 |  Jabatan Imigresen usir dua wanita Vietnam |  Remaja ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, tiada lesen |  Dua beradik terselamat dalam kebakaran |  Lebih 5,000 graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-19 |  K'jaan Negeri umum bantuan khas kewangan RM1,500 penjawat awam |  Musa bentang Bajet RM4.1 bilion |  Team Izing dominate Soja Cafe Ranau Open Double Dart Challenge |  Even playing field for Sabah Rhinos hopefuls |  Drunk driver held after slamming car into army camp fence |  Plumber gets 12 years’ jail for raping disabled cousin |  2010 fire victim grateful for new house |  Pan Borneo – Project Delivery Partner questionable | 
 BM

RELA banyak berjasa kepada rakyat: Hajiji

151117-rela-2
TERIMA CEK ... Pauzi (kanan) menerima ‘cek’ bernilai RM8,300 daripada Hajiji untuk disalurkan kepada misi bantuan banjir RELA di Kedah dan Pulau Pinang. Jumlah itu merupakan sumbangan oleh Ahli-ahli Bersektu RELA Sabah yang diketuai oleh Lt. Kol. Dato

15th November, 2017

TUARAN: Sejak ditubuhkan 45 tahun lalu, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah banyak berjasa dan berbakti kepada rakyat, terutamanya ketika bencana alam berlaku.

Sumbangan itu menjadikan anggota RELA kini lebih dipandang tinggi bukan sahaja oleh masyarakat, malah pemimpin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, tugas anggota RELA kini semakin mencabar dan Kerajaan amat menghargainya dengan memberi bantuan setiap tahun, termasuklah peruntukan sebanyak RM250 juta dalam Bajet 2018.

“Ini menunjukkan Kerajaan melihat RELA adalah salah satu Jabatan yang mempunyai anggota yang paling ramai di seluruh Negara yang boleh membantu Kerajaan dalam pelbagai situasi terutama kecemasan dan bencana alam,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sulaman ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas RELA Siri 12/2017 di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah di Kg Gayang dekat sini kelmarin. Seramai 182 anggota RELA menyertai kursus itu yang terdiri 135 Relawan dan 52 Relawati.

Dalam pada itu Pengarah RELA Sabah, Timbalan Pesuruhjaya RELA, Mohamad Pauzi Jhumat berkata seramai 50 anggota RELA di setiap Daerah dilatih secukupnya untuk persediaan membantu operasi pemantauan pasukan keselamatan di 10 Daerah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“kita akan berada di kawasan yang ada komuniti, ESSCOM di depan, jadi kita yang ada di kawasan komuniti. “Pada masa ini, seramai 292,000 anggota RELA yang berdaftar di Sabah,” kata beliau. Antara tetamu yang hadir di majlis itu ialah Setiausaha Politik Hajiji, Abdul Kassim Hj Razali.

   
Email Print
   
 
 
E-browse