Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ponuu muvung id Esszone noputan gisom ko 30tv Kotuu |  Tudon kotundaan id siibo JPNIN soihion mahik |  PONOIHIAN MONTOK MONGUKAB MAHIK KOTINANAN PAAI SABAH |  Hampir 1.3 juta penduduk M'sia pembawa talasemia |  Kerajaan cari mekanisma terbaik selesai isu rumah setinggan: Jaujan |  Dakwaan kerajaan beri kewarganegaraan kepada PATI tidak benar: Peter |  JPNIN Labuan catat rekod Kolupis terpanjang di Malaysia |  Mohamad Ariff akan dilantik Speaker Dewan Rakyat: Tun M |  Lembaga Padi Sabah mungkin diwujud semula |  ‘You cannot say I’m 39!’ |  Three Sabahans among 12 for World Squash Championship |  Keningau’s SK Tuarid Taud, Limbang’s SMK Medamit grab top awards |  2,850 turtle eggs seized by marine police |  Squatter problem: Comprehensive approach to be used |  State mulling revival of Padi Board | 
 BM

Terowong Sepanggar rancakkan lagi ekonomi Sabah, kata Musa

151117-lead-2b
TANDATANGANI PLAK ... Pairin (dua kiri) menandatangani plak Perasmian Pembukaan Terowong Sepanggar.

15th November, 2017

KOTA KINABALU: Terowong Sepanggar yang dirasmikan pembukaannya pada kelmarin akan merancakkan lagi ekonomi Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman berkata, ia merupakan satu bukti pencapaian dan kejayaan infrastruktur di negeri ini.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk melaksanakan agenda pembangunan menyeluruh dan seimbang termasuk pembangunan infrastruktur dan pembangunan di sesuatu kawasan.

“Pembukaan terowong ini akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi khususnya dalam sektor pembuatan, perkilangan, perkhidmatan logistik dan sokongan kepada operasi import dan eksport.

“Pada masa yang sama, ia berupaya untuk menjadikan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan Pelabuhan Kontena Sepanggar menjadi lebih berdaya saing.

“Dalam hal ini, kemudahan terowong akan memendekkan lagi tempoh perjalanan dan mempercepatkan lagi operasi dan pergerakan kontena selaras dengan rancangan membesarkan pelabuhan Sepanggar,” jelasnya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di sini, kelmarin.

Menurut Musa, laluan alternatif seperti itu mampu mengurangkan kesesakan trafik dan menjadikan perjalanan lebih tersusun mengikut destinasi serta menyediakan persekitaran ekonomi yang lebih kondusif buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Tambahnya, laluan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Sulaman juga bakal dibesarkan untuk menampung pertambahan trafik melalui pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse