Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ponuu muvung id Esszone noputan gisom ko 30tv Kotuu |  Tudon kotundaan id siibo JPNIN soihion mahik |  PONOIHIAN MONTOK MONGUKAB MAHIK KOTINANAN PAAI SABAH |  Hampir 1.3 juta penduduk M'sia pembawa talasemia |  Kerajaan cari mekanisma terbaik selesai isu rumah setinggan: Jaujan |  Dakwaan kerajaan beri kewarganegaraan kepada PATI tidak benar: Peter |  JPNIN Labuan catat rekod Kolupis terpanjang di Malaysia |  Mohamad Ariff akan dilantik Speaker Dewan Rakyat: Tun M |  Lembaga Padi Sabah mungkin diwujud semula |  ‘You cannot say I’m 39!’ |  Three Sabahans among 12 for World Squash Championship |  Keningau’s SK Tuarid Taud, Limbang’s SMK Medamit grab top awards |  2,850 turtle eggs seized by marine police |  Squatter problem: Comprehensive approach to be used |  State mulling revival of Padi Board | 
 BM

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 30 Nov: Polis

15th November, 2017

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir 6 petang ini, dilanjutkan sehingga 30 Nov, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan tersebut dari 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang dan 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas sehingga boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.

Ramli berkata berdasarkan maklumat, terdapat kumpulan militan dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina, masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah ESSZONE untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse