Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Fiesta Sehati RTM berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini |  Hamidah Juara Pertandingan Akhir Radio Ok SandakanFm |  MQuit Masjid, program khas galak imam dan qariah bebas rokok |  Program Geografi UMS laksana CSR di Tamparuli |  Lelaki maut tertembak ketika memburu di ladang |  Kempen kesedaran merokok rangsang pengurangan perokok muda: Ismail |  Guru maut pertembungan dua kereta pacuan empat roda |  Pegawai Jabatan Air Negeri Sabah dibicara serentak |  Malam Santai Karyawan Seni berjaya himpun karyawan aktif |  MKN Sabah hantar balik 3,036 PATI sejak Januari |  Sabah sudah terima RM3.87b pelan pusingan ketiga RMK11 |  Jelius tinkers on winning strategy |  NCID seize 660gm syabu, two suspects arrested |  Water Dept scandal – March 20 decision on revisions |  One in five M’sians still lights up | 
 BM

Tindakan seorang lelaki cuba samun kedai serbaneka guna samurai gagal

1411_polis_1
TUMPAS ... Suspek berjaya ditumpaskan selepas gagal menyamun kedai serbaneka.

15th November, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Tindakan seorang lelaki cuba menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Kuhara menggunakan samurai gagal selepas disedari anggota polis yang sedang menjalankan Rondaan Cegah Jenayah di kawasan itu. Dalam kejadian pada Isnin kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek berusia 37 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri berjaya diberkas mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata kejadian itu berlaku semasa pekerja kedai yang juga pengadu sedang bekerja di kaunter manakala seorang rakan sekerjanya berada di dalam pejabat.

Pengadu kemudian didatangi seorang lelaki yang juga suspek tidak dikenali memakai topi keledar meluru masuk ke dalam kedai dan bertindak mengacukan samurai kepada pengadu sambil meminta wang.

Dalam masa sama sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan Ronda Cegah Jenayah telah ternampak suspek sedang mengacukan sebilah parang kepada penjaga kaunter kedai itu.

Pasukan itu telah masuk ke dalam premis dan memberi kata amaran dengan menjerit memperkenalkan diri sebagai ‘polis’ dan seterusnya menahan dan menangkap suspek kerana cubaan melakukan samun.

Serbuan terpaksa menggunakan kekerasan minima kerana suspek tidak memberi kerjasama semasa proses tangkapan dilakukan.

Barangan dirampas dalam kes itu topi keledar warna hitam, sehelai topeng muka warna merah, sebuah beg kecil bertali warna biru bercorak, sebilah parang berhulu kayu panjang 60CM, dan sebatang pemutar skru berhulu hitam. Fadil berkata siasatan awal, suspek mengaku terlibat dengan kes itu dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing juga didapati positif syabu.

Suspek pernah memiliki rekod kesalahan lampau dibawah Seksyen 6 (1) © Akta Imigresen (diusir pada tahun 2006) dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya (ADB) (2011), Seksyen 12 ADB yang dihukum penjara lapan bulan (tahun 2014), Seksyen 15 ADB yang dipenjara lima bulan (Tahun 2016).

   
Email Print
   
 
 
E-browse