Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Fiesta Sehati RTM berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini |  Hamidah Juara Pertandingan Akhir Radio Ok SandakanFm |  MQuit Masjid, program khas galak imam dan qariah bebas rokok |  Program Geografi UMS laksana CSR di Tamparuli |  Lelaki maut tertembak ketika memburu di ladang |  Kempen kesedaran merokok rangsang pengurangan perokok muda: Ismail |  Guru maut pertembungan dua kereta pacuan empat roda |  Pegawai Jabatan Air Negeri Sabah dibicara serentak |  Malam Santai Karyawan Seni berjaya himpun karyawan aktif |  MKN Sabah hantar balik 3,036 PATI sejak Januari |  Sabah sudah terima RM3.87b pelan pusingan ketiga RMK11 |  Jelius tinkers on winning strategy |  NCID seize 660gm syabu, two suspects arrested |  Water Dept scandal – March 20 decision on revisions |  One in five M’sians still lights up | 
 BM

PAC bentang laporan Projek KKLW, Air Sabah

15th November, 2017

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen PAC telah membentangkan laporan mengenai Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah Di Bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Pengerusinya Datuk Seri Hasan Ariffin dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen kelmarin berkata, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Timbalan Pengarah JANS, Teo Chee Kong yang mewakili JANS telah dipanggil pada 7 Sept 2016, susulan penemuan JAN dalam laporan audit Siri 1, 2015 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mei tahun lepas.

Beliau berkata, dalam mesyuarat prosiding itu, anggota PAC membangkitkan persoalan mengenai sistem retikulasi Projek BALB Pulau Gaya.

Selain itu, katanya, anggota PAC turut mengadakan lawatan kerja ke Pulau Gaya pada 15 Jan lepas untuk melihat sendiri projek berkenaan.

Hasan berkata, orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC Parlimen berhubung pengurusan pembinaan Kolej Tentera Udara dan projek air berkenaan boleh memuat turun laporan berkenaan di laman web PAC www.parlimen.gov.my/pac.

Sementara itu, Hassan berkata PAC juga telah mendapatkan penjelasan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 15 Mac lepas berhubung beberapa kelemahan dalam pengurusan pembinaan Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Kedah.

Ariffin dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen kelmarin berkata, mesyuarat prosiding itu adalah susulan penemuan Jabatan Audit Negara (JAN) dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 1 itu.

Hasan berkata, sewaktu mesyuarat prosiding itu berlangsung, anggota PAC Parlimen telah membangkitkan isu-isu, antara lain, berhubung nilai keseluruhan projek yang belum dimuktamadkan; jumlah peningkatan bagi pembayaran yuran perunding belum dimuktamadkan kerana nilai keseluruhan projek belum diselaraskan; serta dokumen kontrak telah lewat disempurnakan selama 16 bulan selepas mengambil kira tempoh empat bulan yang dibenarkan.

Selain itu, katanya lagi, isu-isu lain yang dibangkitkan ialah sebahagian kerja binaan yang dilaksanakan kurang berkualiti; bangunan tidak diduduki sepenuhnya walaupun telah siap dibina; serta kemasan lantai kurang memuaskan seperti kerja elektrikal & mekanikal tidak sempurna dan kemasan di tangga tertanggal. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse