Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Pemuda BN Sabah harus bantu belia majukan diri

14th November, 2017

KOTA KINABALU: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah harus membantu golongan belia dengan maklumat untuk memajukan diri mereka, sekali gus membolehkan golongan itu turut serta dalam membangunkan negara.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata keprihatinan itu akan membuatkan golongan berkenaan lebih tertarik untuk menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Sampaikan maklumat kepada golongan muda mengenai cara mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

“Beritahu mereka peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN agar masa depan mereka lebih cerah,” katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR+) Pemuda BN Sabah di sini malam kelmarin. Turut hadir Pengerusi Pemuda BN Malaysia Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dan Pengerusi Pemuda BN Sabah Yamani Hafez Musa.

Musa, yang juga Pengerusi BN Negeri, turut memberitahu Pemuda BN perlu bekerja lebih dalam memenangi hati pengundi, yang terdiri daripada kira-kira 40 peratus pengundi muda pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Beliau berkata Pemuda BN merupakan pewaris kepimpinan parti pada masa depan dan perlu lebih beriltizam untuk bekerja untuk rakyat.

“JR+ membolehkan Pemuda, Wanita dan Puteri untuk bergabung dan bekerjasama dalam memastikan kemenangan calon BN pada PRU14 nanti.

“Kita perlu bersatu demi masa depan negeri dan negara. Jangan sesekali leka dan ambil mudah mengenai masa depan anda,” katanya.

Terdahulu, Khairy berkata kira-kira 20 peratus daripada jumlah pengundi pada PRU14 merupakan pengundi baharu dan tidak mempunyai latar belakang politik.

“Kita berikan mereka (pengundi baharu) sentuhan kasih BN…kita bukan nak menguasai mereka, tetapi mahu mendekatkan diri dengan mereka sebagai parti yang prihatin,” katanya. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse