Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Labuan tujuh tahun berturut-turut sifar ketegangan kaum

14th November, 2017

LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan berjaya mengekalkan rekod tujuh tahun berturut-turut sifar ketegangan kaum berbanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.

Demikian diberitahu oleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)Zulkifli Hashim ktika berucap pada Majlis Damai Sunset Musikal Rhythm di Taman Damai, Layang-Layangan, dekat sini pada Sabtu.

Majlis yang berlangsung sehari itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Parlimen Labuan, datuk Rozman Datuk Isli.

Zulkifli berkata, kejayaan Labuan mengekalkan rekod tujuh tahun berturut-turut ketegangan kaum adalah hasil kejayaan JPNIN Labuan yang telah bekerjasama dengan semua pihak dalam memastikan Labuan adalah antara negeri yang terus bersatu padu, stabil, aman dan tahap ketegganganya terkawal.

“ Ini semua adalah berkat kepimpinan Ahli Parlimen Labuan dan kepimpinan peringkat akar umbi yang berjaya memainkan peranan dalam mengekalkan perpaduan dan ini harapan JPNIN supaya kerjasama sebegini perlu diteruskan” katanya.

Katanya, JPNIN akan terus berusaha untuk mengerakkan program yang boleh mencetuskan elemen-elemen perpaduan agar segala pergeseran kaum yang berlaku di negara ini dapat diredakan dalam suasana yang aman dan tenteram.

Sementara itu, Rozman dalam ucapan perasmiannya mengucapkan syabas kepada JPNIN di bawah kepimpinan Pengarahnya, Puan Mimie Duasah yang tidak pernah gagal dalam menganjurkan program-program kerajaan.

“Saya lihat program yang dijalankan oleh JPNIN Labuan terus bertambah baik dengan lebih banyak agensi kerajaan termasuk badan bukan kerajaan memberikan kerjasama yang cukup memberangsangkan seperti apa yang dapat dilihat hari ini” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan rekod Labuan yang berjaya mengekalkan sifar ketegangan kaum berbanding dengan negeri-negeri lain merupakan satu kekuatan oleh warga Labuan yang mengutamakan perpaduan sebagai landasan utama untuk dapat hidup dalam suasana yang harmoni.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan akan berusaha untuk menjadikan Taman Damai sebagai lokasi yang dapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung sekaligus akan dapat memberikan sumber ekonomi setempat.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung yang turut melibatkan lebih 1,000 pengunjung hadir untuk menyaksikan pelbagai program yang menarik.

Antara aktiviti yang berjaya menarik perhatian termasuklah, pertandingan Lagu-Lagu Evergreen, pertandingan makanan perpaduan, pertandingan pentas kreatif dan pertandingan barangan antik.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Haji Ismail, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Mimie Duasah, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Peter Mak dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin. -OLEH: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse